POLITIK
Muktamar Pas: Saya tidak layak jadi Perdana Menteri - Abdul Hadi

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa dirinya sudah tidak layak untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri. - Gambar fail/Bernama
ALOR SETAR: Presiden Pas. Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa dirinya sudah tidak layak untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri dari parti itu kerana faktor usia dan status kesihatan.
Ringkasan AI
- Abdul Hadi Awang akui tidak layak jadi calon PM kerana faktor usia (78 tahun) dan kesihatan, selaras panduan Al-Quran yang menekankan pemimpin mesti berilmu, berintegriti dan sihat.
- Calon PM perlu memimpin secara kolektif dengan Kabinet gabungan ahli politik dan teknokrat, termasuk senator lantikan.
- Pas fokus PRU-16 dahulu sebelum pilih calon PM, dengan ramai tokoh akademik dan profesional dalam parti disifatkan layak untuk jawatan tersebut.
"Al-Quran kata pilih pemimpin mesti daripada orang yang berilmu, ada integriti dan orang yang sihat tenaga.
"(Ini) maknanya orang macam saya tak layak dah (yang umur 78 tahun), dia (yang dipilih juga) kena sihat, maknanya (kalau) bawah 70 dipilih jadi dia (kena) orang yang kuat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyampaikan ucaptama Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, pada Isnin.
Bagaimanapun, Abdul Hadi menyatakan penumpuan Pas akan diberikan kepada usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) terlebih dahulu sebelum memilih calon Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Abdul Hadi menyatakan bahawa Pas memiliki ramai tokoh yang sangat layak untuk menjadi Perdana Menteri terutamanya yang mempunyai latar belakang sebagai ahli akademik dan profesional.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami