Muktamar Tahunan Pas ke-66 hari ini sebulat suara meluluskan usul berhubung normalisasi hubungan diplomatik Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Liga Arab dengan Israel yang dikemukakan oleh Dewan Ulama Pas Pusat.
Usul tersebut mendesak umat dan kerajaan dunia Islam supaya membantah dan mengecam pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, serta sebarang bentuk normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel bagi mengekang peluasan kuasa politik dan penjajahan ke atas Palestin.
Selain itu, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Muhamad Najhan Shahir Abdul Halim ketika membentangkan usul tersebut turut mendesak supaya negara-negara Arab meneruskan pembayaran untuk menampung perbelanjaan mengurus kepada pihak berkuasa Palestin.
“Dewan Ulama Pas Pusat mengecam tindakan Liga Arab, UEA dan Bahrain yang mengiktiraf normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel yang merupakan satu bentuk pencabulan dan permusuhan ummah.
“Mendesak supaya pihak kerajaan Malaysia mengkaji pendirian “two-state solution” dalam hubungan luar kerajaan Malaysia terhadap isu Palestin dengan memberikan penekakan terhadap sejarah dan nilai agama untuk kepentingan Palestin dan rakyatnya dengan penyelesaian yang adil,” katanya pada muktamar berkenaan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini pada Ahad.
Usul tersebut kemudian dipersetujui oleh kira-kira 400 perwakilan yang hadir sebelum diumumkan oleh Pengerusi Tetap Muktamar, Hussin Ismail.
Selain itu, satu lagi usul yang dibahaskan berkaitan perjudian yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat Pas turut diterima oleh semua perwakilan.
Dalam perkembangan sama, enam lagi usul diterima tanpa bahas pada muktamar berkenaan.
Ia termasuk usul yang dikemukakan oleh Pas kawasan Pasir Puteh agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus dipertahankan dan Muafakat Nasional (MN) perlu diperkukuhkan.
Hasimi Muhamad
Sun Sep 13 2020

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-66 di Dewan Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa. - Gambar BERNAMA

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Amaran MetMalaysia | Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga esok. Metmalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Muktamar Tahunan Pas ke-66 lulus usul bantah hubungan normalisasi UAE - Israel
Usul tersebut mendesak umat dan kerajaan dunia Islam supaya membantah dan mengecam pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.