Tan Sri Musa Aman hari ini menafikan laporan kononnya beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu dilantik.

Musa juga berkata tiada sesiapa dalam anggota Kabinet negeri yang baharu dilantik meletakkan jawatan.

"Biasa saya jelaskan untuk rekod bahawa tiada sesiapa yang meletakkan jawatan sama ada saya, mahupun anggota Kabinet negeri. Bahkan, saya baharu saya mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet negeri selepas tamat pilihan raya umum (PRU)," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

BACA: Hanya Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang sah - Joseph Pairin Kitingan

Musa mengulas pelbagai kenyataan dalam media sosial dan media arus perdana yang mendakwa bahawa beliau telah menetakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri.

Musa, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata beliau serta anggota Kabinet negeri telah mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing pada 10 Mei setelah BN dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bersetuju menubuhkan kerajaan campuran dengan majoriti mudah sebanyak 31 kerusi. -- Bernama