Parti komponen Barisan Nasional (BN), MyPPP menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan bagi menentukan calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 ( PRU14).
Presidennya, Tan Sri M Kayveas berkata beliau yakin Perdana Menteri akan membuat keputusan yang tepat dalam menentukan calon di kawasan berkenaan bagi memastikan BN mengekalkan kerusi itu sejak kerusi itu diwujudkan pada 2004.
Sejak 2004, kerusi itu dimiliki oleh MIC dan ikini disandang oleh bekas presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas selepas hilang keanggotaan MIC semasa krisis dalaman parti itu.
"Saya ada bertemu dan berbincang dengan Datuk Seri Dr Subramaniam (Presiden MIC) mengenai perkara (calon) ini dan adalah tidak adil sekiranya saya 'memaksa' beliau untuk menyerahkan kerusi Parlimen Cameron Highlands kepada MyPPP.
"Oleh itu, sekarang ini kita hanya perlu Perdana Menteri mengumumkan perkara berkenaan. Apa yang penting sebagai parti komponen, kita perlu mengekalkan semangat setiakawan ke arah perpaduan yang lebih kuat dalam BN," katanya.
Kayveas, yang juga Penasihat Kementerian Pengangkutan, berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan program Senyum Ceria Bersama Tan Sri M.Kayveas anjuran Puteri MyPPP di Perkampungan Orang Asli Kampung Susu di sini, pada Ahad.
Kayveas berkata MIC perlu menerima dengan hati yang terbuka sekiranya Najib, selaku Pengerusi BN, memilih wakil MyPPP untuk menjadi calon di kerusi Parlimen Cameron Highlands.
"Katakanlah Perdana Menteri setuju bagi MyPPP untuk bertanding, saya berharap MIC boleh menerima keputusan tersebut dan memberi sokongan kepada kita seperti mana kita memberi sokongan penuh kepada MIC di lain-lain kawasan.
Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh disebut bakal calon BN di Cameron Highlands
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2017
Kayveas berkata beliau yakin Perdana Menteri akan membuat keputusan yang tepat dalam menentukan calon di kawasan berkenaan bagi memastikan BN mengekalkan kerusi itu sejak kerusi itu diwujudkan pada 2004. -Gambar fail
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Perlawanan Piala Sumbangsih kekal berlangsung
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor akan kekal berlangsung Jumaat ini.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
[TERKINI] Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
Pantau Belanjawan: Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS)
NASA berjaya hantar isyarat komunikasi laser sejauh 226 juta km
Kali ini data daripada kapal angkasa Psyche yang membawa DSOC bajua
Hail Amir penyanyi yang tidak melupakan komposernya
Allahyarham Datuk Hail Amir atau Abdul Hail Amir disifatkan sebagai penyanyi malas segar yang tidak pernah lupa menyebut nama komposer yang pernah menulis lagu untuknya di pentas.
PRK KKB: Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi
Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam 11 pagi selasa.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Allahyarham.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Allahyarham.
“Sempat nyanyi Encik Hail jangan marah… dia senyum”- Uji Rashid
Uji Rashid anggap Hail Amir bukan sekadar sahabat, tetapi juga sudah seperti abang sendiri.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.