Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO mengingatkan semua ahli UMNO mengenai tugas dan peranan masing-masing yang berlandaskan perlembagaan parti.
Kata Najib, Timbalan Presiden perlu membantu tugasnya sebagai Presiden dan perlu tahu menggunakan saluran yang betul sekiranya ingin menyuarakan pendapat.
"Berbalik kepada situasi semasa UMNO, dimaktubkan dalam perlembagaan parti, amanah besar dan tanggungjawab yang terpikul di bahu seorang Presiden, melalui fasal 9.8.1, adalah menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti."
"Manakala, fasal 9.8.2, dengan terang secara harfiahnya, memperincikan tanggungjawab dan amanah utama, bagi seorang Timbalan Presiden itu, fasalnya itu menyebut, 'Timbalan Presiden membantu tugas Presiden'," kata Najib.
Bagaimanapun, ucapan Najib ketika menghuraikan tugas serta peranan Timbalan Presiden dan Naib Presiden disambut sorakan oleh para perwakilan.
Ketika ucapan itu disampaikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal turut berada di dalam Dewan Merdeka bersama lebih 2,000 perwakilan dari 191 bahagian UMNO seluruh negara.
"Manakala, bagi fasal 9.8.3 pula, tanggungjawab dan amanah Naib Presiden itu dinyatakan sebagai 'Naib-naib Presiden itu kerjanya membantu tugas Presiden'.," ujar Najib sambil disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan.
Tambahnya, itu merupakan rahsia dan formula UMNO yang bertahan sebagai tunjang pemerintah sejak dahulu sehingga kini.
Ashwad Ismail
Thu Dec 10 2015
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka hari ini. Turut hadir Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk). - Foto Bernama
20 tentera maut, gudang peluru di Kemboja meletup
Sebuah gudang peluru tentera meletup pada Sabtu membunuh sekurang-kurangnya 20 tentera dan mencederakan beberapa yang lain di tengah Kemboja.
Tumpuan Isnin - 29 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.