Najib terus 'bahan' PH, kali ini pasal duit minyak

Astro Awani
Januari 14, 2019 13:53 MYT
Ciapan Najib sentiasa mendapat perhatian netizen kerana sindirannya terhadap PH. - Gambar fail
Status 'membahan' kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dimuatnaik oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat perhatian netizen.
Terbaharu, ciapan beliau yang menyindir PH mengenai kaunter duit minyak mendapat 3,800 likes dan 3,500 retweet.
"Kaunter claim duit minyak Pakatan Harapan kat mana?" tanya Najib dengan sinis.
Sindiran itu dibuat ekoran kenyataan PH mengenai gambar wanita memberikan wang kepada beberapa masyarakat Orang Asli yang tular ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada Sabtu.
BACA: PH tak pernah beri duit pada sesiapa untuk raih undi - Tun Mahathir
BACA: Wang itu untuk bayar balik kos petrol - PH

Kaunter claim duit minyak Pakatan Harapan kat mana? pic.twitter.com/4ebNcdhL4b

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Cameron Highlands #Malaysia #Najib Razak #Pakatan Harapan #PRK