KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan di Perak susulan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.
Nazri juga mencadangkan agar UMNO bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu.
“UMNO Perak perlu bekerjasama dengan Amanah dan PKR bagi membentuk kerajaan baharu yang diterajui UMNO.
“Apa yang berlaku di DUN Perak hari ini, Amanah dan PKR telah bersama UMNO menolak usul percaya terhadap Menteri Besar. Bersatu dan Pas tidak bersama UMNO,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak - Faizal gagal peroleh sokongan majoriti
Bagaimanapun, Nazri menjelaskan, apa yang berlaku di Perak tidak akan menjejaskan kerajaan Pusat.
“Ini hanya berlaku di Perak, tidak ada kena mengena dengan Pusat... tidak semestinya bila di Perak berubah kerajaan maka di Pusat juga akan berubah. Ini norma baharu,” katanya lagi.
Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang dilantik sebagai Menteri Besar semasa Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan negeri dalam pilihan raya umum lalu.
Selepas penjajaran semula politik tanah air yang menyaksikan PH ditumbangkan Februari lalu, Ahmad Faizal kekal menjadi Menteri Besar dengan sokongan BN dan Pas.
Pada Jumaat, Ahmad Faizal kalah dalam undi percaya yang dibawa oleh wakil rakyat UMNO, menyebabkan Timbalan Presiden Bersatu itu hilang majoriti sebagai Menteri Besar.
Hanya 10 daripada 59 ADUN menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak sementara satu undi rosak atau berkecuali.
BACA: PN, MN di Perak rapuh, tidak berfungsi dengan baik - Hisomuddin
BACA: Kecundangnya Faizal Azumu cerminan rapuhnya kerjasama politik Bersatu - Penganalisis
Irwan Muhammad Zain
Fri Dec 04 2020

Apa yang berlaku di Perak, tidak ada kena mengena dengan kerajaan Pusat, kata Nazri Aziz. - Gambar fail

Isu Kartel Daging | Tiga pegawai MAQIS direman lima hari kes daging import
Tiga pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) direman lima hari bermula Selasa untuk siasatan kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah berhubung kemasukan daging beku tidak dibenarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Banjir | Perkembangan banjir di Sabah
Keadaan banjir di beberapa daerah di Sabah yang dilihat makin pulih apabila bilangan mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara, PPS banjir semakin menurun tengah hari ini. Untuk perkembangannya, terus sahaja bersama wakil Astro AWANI di Sabah, Ruzaini Zulkepli.

Politik Rusia | Alexei Navalny ditahan sehingga 15 Februari
Mahkamah Rusia memerintahkan pemimpin pembangkang terkemuka Alexei Navalny ditahan sehingga 15 Februari ini. Keputusan itu dianggap pengkritik sebagai sudah diatur lebih awal selepas ditahan sebaik berada di Rusia.

Selepas hujan pasti ada pelangi, Naim Daniel harap rakyat Malaysia terus tabah
Saya berharap semua tabah dalam memastikan kewarasan masing-masing, kata Naim.

Macam tengah 'online', telefon dan WhatsApp Mahdzir Khalid digodam
Talian telefon dan aplikasi WhatsApp bekas Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid disahkan digodam individu tidak bertanggungjawab.

Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.

PKP 2.0 tidak halang Aina Abdul lancar lagu baharu bulan depan
Aina sangat teruja untuk melancarkan lagu baharu itu kerana ia amat istimewa buatnya.

'Ia sesuatu yang amat buruk', Bautista Agut samakan kuarantin di hotel dengan penjara
Risiko terdedah kepada koronavirus dalam pesawat sewaktu menuju ke Australia, 72 pemain kini dikuarantin di hotel selama dua minggu.

PKP 2.0: Industri perhotelan Negeri Sembilan dijangka rugi RM10 juta
Para Pengusaha hotel di Negeri Sembilan dijangka mengalami kerugian sehingga RM10 juta ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak minggu lalu.

Ringan beban kontraktor, CIDB lanjut Inisiatif PRIHATIN hingga 31 Mac
Keputusan itu dibuat selepas meneliti impak gelombang ketiga wabak COVID-19 khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Annuar Zaini nafi keluar kenyataan tiada ADUN Pas sebagai Exco Perak
Kenyataan itu yang tular menerusi media sosial hari ini adalah palsu dan bertujuan memfitnahnya.

Dua ADUN Pas antara lima angkat sumpah Exco Perak
Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, termasuk dua daripada Pas, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Lima lagi Exco Perak angkat sumpah petang ini - Annuar Zaini
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini pada Selasa.

Politik Perak: Hadi Awang selesai menghadap Sultan Perak
Ahli Parlimen Marang itu dilihat keluar dari pekarangan istana kira-kira jam 11.39 pagi.

Hadi dijadual menghadap Sultan Perak esok
Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini memaklumkan tentang tarikh untuk Abdul Hadi menghadap Sultan Perak.

Hamzah tak perlu cari bukti, Hasnul akui tanda tangan SD sokong Saarani
SD itu ditandatangani beliau pada hari sama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan kepercayaan majoriti ADUN pada persidangan DUN Perak, 4 Disember lalu.

Nasihat Sultan Nazrin tidak terbatas di Perak malah untuk Persekutuan juga - Anwar
Reformasi institusi harus segera digerakkan bagi memungkinkan sebuah tatakelola yang baik, bertanggungjawab dan tidak mengkhianati amanah serta mengabai kepentingan rakyat.

Permohonan Pas menghadap sembah Sultan Perak diterima - Abdul Hadi
Abdul Hadi bagaimanapun tidak mendedahkan bila sembah menghadap itu akan dilakukan.

Saarani nafi tawar jawatan Exco kepada PH
Datuk Saarani Mohamad, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan itu jika wujud persefahaman untuk membentuk kerajaan bersama parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH).

Politik Perak: Lantikan Exco kerajaan negeri hak Sultan - Saarani
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, beliau hanya boleh mencadangkan nama Exco mengikut kesesuaian, tetapi hak untuk memperkenannya terletak pada kuasa mutlak Sultan.