awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO, ketua cawangan UMNO Wangsa Maju nyatakan sokongan kepada Najib

Bernama
Bernama
27/03/2016
00:42 MYT
NGO, ketua cawangan UMNO Wangsa Maju nyatakan sokongan kepada Najib
Kumpulan itu juga menyatakan pendirian mereka untuk berdiri teguh bersama-sama pucuk pimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -Gambar fail
Kira-kira 300 anggota daripada 23 badan bukan kerajaan (NGO) dan UMNO cawangan Wangsa Maju pada Sabtu menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wangsa Maju Rashid Abu Samah, yang mewakili kumpulan itu, berkata mereka menyokong kepimpinan Najib kerana jawatan Perdana Menteri adalah institusi yang dipilih secara demokratik melalui proses pilihan raya umum dan ia perlu dihormati.
Justeru itu, mereka mengutuk dan membantah tindakan bekas Perdana Menteri yang juga bekas presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersekongkol dengan pembangkang dalam mengeluarkan Deklarasi Mahathir.
Bercakap pada majlis deklarasi menyokong kepimpinan Perdana Menteri di Wangsa Maju pada Sabtu, Rashid berkata kumpulan itu juga menyatakan pendirian mereka untuk berdiri teguh bersama-sama pucuk pimpinan Perdana Menteri bagi memenangi pilihan raya umum ke-14.
Selain itu, kumpulan berkenaan meminta Majlis Tertinggi UMNO supaya segera berbincang berhubung tindakan tegas yang perlu diambil terhadap anggota-anggota parti termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dan bekas menteri besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir yang menyokong 'Deklarasi Mahathir' itu.
Topic Berkaitan
#Peniaga Kecil Melayu Wangsa Maju
#Persatuan Penjaja
#Rashid Abu Samah
#sokongan kepada najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan