KOTA BHARU: Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz menafikan dirinya dikaitkan dengan kumpulan ustaz atau Geng Ustaz.

Beliau sebaliknya menyifatkan perkara berkenaan fitnah dan tidak benar.

“Saya tidak hendak dengar cerita, anggaplah benda itu tiada,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan Pas yang berpecah kepada dua kumpulan "Geng Ustaz" dan "Geng Publika" seperti yang tular di media social.

Geng Ustaz dikaitan kumpulan yang mendokong Muafakat Nasional (MN) manakala Geng Publika dikaitkan kumpulan pro Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Geng Ustaz dikatakan cuba untuk menukar presiden yang dilihat lebih cenderung kepada Bersatu.

Selain Nik Mohamed Abduh, turut dikaitkan berada di dalam Geng Ustaz adalah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasruddin Hassan dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.