Perdana Menteri telah membentangkan RMK13 hari ini. Dapatkan intipati utama di sini
POLITIK

Nik Nazmi dibebaskan selepas ditahan direman

Mariah Ahmad 10/03/2015 | 23:57 MYT
Sebelum ini Nik Nazmi telah ditahan polis selepas hadir memberi keterangan di IPD Dang Wangi jam 10 pagi Ahad. - Gambar fail
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang telah ditahan reman selama tiga hari berikutan penglibatannya menganjur himpunan #KitaLawan, Sabtu lalu telah dibebaskan pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau sendiri menerusi laman sosial Twitter peribadinya pada 9.22 malam tadi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia ini telah ditahan polis selepas hadir memberi keterangan di IPD Dang Wangi jam 10 pagi Ahad.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Peguam, Melissa Sasidaran telah memaklumkan bahawa Nik Nazmi ditahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan berulang sebagai penganjur.

Bagaimanapun Melissa menyangkal tuduhan tersebut kerana menurutnya, Nik Nazmi bukanlah pesalah kerana beliau tak pernah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, meskipun beberapa kali didakwa.

Pada petang Selasa, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli ditahan polis selepas membuat laporan isu yang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penahanan Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR itu disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pada jam kira-kira 7:30 petang Selasa.

Namun demikian, Rafizi dibebaskan dengan jaminan polis lewat malam semalam.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Nik Nazmi Nik Ahmad