awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Omar tanding tiket PKR beri tamparan pada Pas

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
28/04/2018
03:25 MYT
Nik Omar tanding tiket PKR beri tamparan pada Pas
Bagaimanapun apa yang dilakukan Nik Omar memberi satu kelebihan kepada parti Amanah sebagai salah satu gabungan parti dalam Pakatan Harapan. - Foto Sinar Harian
Tindakan anak bekas Mursyidul Am Pas, Nik Omar Nik Aziz yang bertanding atas tiket PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bakal memberi tamparan hebat kepada Pas, ujar Pengarah Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Dr Hamidin Hamid.
Malah, tindakan itu disifatkan sebagai suatu yang mengejutkan.
"Itu merupakan satu kejutan, tetapi khabar angin mengenainya berlegar hampir dua minggu terutama selepas 48 jam ini.
"Saya rasa ia merupakan tamparan kepada Pas dalam konteks ini sebab Chempaka adalah kubu kuat (Pas). Maka dalam konteks Chempaka ini, aura Tok Guru Nik Aziz sangat kuat, saya rasa itu memainkan peranan penting dan Nik Omar juga merupakan seorang tokoh disegani dalam kalangan anak-anak Allahyarham," katanya semasa menjadi tetamu Malaysia Memilih 2018 di Astro AWANI hari ini.
Bagaimanapun apa yang dilakukan Nik Omar memberi satu kelebihan kepada parti Amanah sebagai salah satu gabungan parti dalam Pakatan Harapan.
"Jadi ini merupakan satu skop besar bagi Amanah di Pakatan Harapan dan saya menjangkakan persaingan itu semakin sengit dalam tiga penjuru itu," tambahnya.
Tambahnya, personaliti memainkan peranan yang penting jika seseorang itu bertanding di kawasan didominasi kaum Melayu.
"Personaliti sangat penting dalam komuniti Melayu terutama di Kelantan dan Terengganu. Dalam konteks Pas, tiada figura yang dapat menyaingi Tok Guru Nik Aziz, saya rasa itu satu perkara.
"Walaupun banyak kali permintaan untuk Nik Omar masuk gelanggang terutama daripada Pas sendiri, tidak berjaya sehinggalah dua ke tiga minggu lepas, apabila keluar kenyataan ibunya melarang untuk bertanding dan sebagainya," katanya lagi.
Sehubungan itu, kata Hamidin, Nik Omar akan memberi kesan psikologi kepada pengundi dan seterusnya bahan kempen untuk Pakatan Harapan di Kelantan.
Topic Berkaitan
#Amanah
#anak
#Astro
#Astro Awani
#guru
#Malaysia
#MalaysiaMemilih
#Melayu
#Nik Aziz
#Pakatan Harapan
#PAS
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan