awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2024
15:49 MYT
Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden. - Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.
MN dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut selaras dengan pindaan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Menerusi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa, turut melantik Datin Seri Datuk Shamsiah M Yassin, Dr Subash Chandrabose dan Chua Hock Kuan sebagai Naib Presiden.
“Antara individu yang dilantik memegang jawatan Ahli Dewan Tertinggi ialah Datuk Abd Muhaimin Abd Rahman Nazri, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Rafeiei Mustapha, Wong Siew Mun, Mohd Anas Sudin, Julie Sabran, Musa Sabri Ab Sattar dan Mohd Fariz Abd Hadi.
“Selain itu, Datuk Aris Shamsudin, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, Tengku Ainifarihin Tengku Abdullah, Dr Nurul Hana Zainal Baharin, Yahya Ahmad, Iman Arif Saiful Bahari dan Faridzul Azlan Abd Shani turut dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi,” katanya pada Jumaat.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muafakat Nasional
#Noh Omar
#timbalan presiden
#mesyuarat Dewan Tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan