awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Noor Hariri Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2023
06:18 MYT
Noor Hariri Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas baharu
Noor Hariri, atau lebih dikenali sebagai Abe, menang 'bergaya' menewaskan dua pencabarnya Datuk Ab Ghani Harun dan Datuk Yahya Mamat. -Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohd Nor dipilih menerajui UMNO Bahagian Pasir Mas selepas menang jawatan itu pada pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Noor Hariri atau lebih dikenali sebagai Abe menang 'bergaya' menewaskan dua pencabarnya Datuk Ab Ghani Harun dan Datuk Yahya Mamat.
Noor Hariri berkata, beliau tekad mengembalikan keyakinan anak muda dan golongan perantau untuk kembali menyokong parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
"Saya akan duduk semeja dengan saf kempimpinan baharu UMNO Bahagian Pasir Mas dalam merangka strategi bagi menawan semula sokongan anak muda dan perantau.
"Selain itu saya akan turut memberikan fokus untuk menghapuskan sifat berpuak-puak yang boleh merugikan UMNO.
"Saya mahu semua ahli diperingkat akar umbi kembali bersatu bagi memastikan UMNO Bahagian Pasir Mas kembali kuat seperti dahulu," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Dalam perkembangan lain, Noor Hariri menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan yang telah memberi mandat kepadanya untuk memimpin Bahagian Pasir Mas.
Ujarnya, kemenangan yang diperolehi itu adalah hasil sokongan ahli UMNO.
"Kemenangan ini tidak sedikitpun mengubah pandangan hormat saya kepada mereka yang berlawan pada pemilihan lalu," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Noor Hariri Mohd Nor
#Pemilihan UMNO
#UMNO Bahagian Pasir Mas
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan