awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah berazam fokus rangka usaha perkukuh parti

Bernama
Bernama
23/05/2025
23:00 MYT
Nurul Izzah berazam fokus rangka usaha perkukuh parti
Nurul Izzah berazam untuk memberi fokus bagi merangka usaha ke arah memperkukuh parti bersama kepimpinan baharu. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berazam untuk memberi fokus bagi merangka usaha ke arah memperkukuh parti bersama kepimpinan baharu.
Nurul Izzah yang ditemui media selepas diumumkan menang jawatan itu berkata, beliau juga mahu melaksanakan reformasi dalaman selain bergerak menuju Pilihan Raya Umum akan datang.
Beliau juga akan berkongsi perancangan sebagai Timbalan Presiden selepas Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 berakhir.
"Saya mohon doa, saya dan suami akan berangkat ke Makkah menunaikan ibadah haji nanti," katanya.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menang jawatan Timbalan Presiden dengan menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi selepas memperoleh 9,803 undi.
Senarai pemenang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa selepas majlis perasmian kongres itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah Anwar
#Timbalan Presiden PKR
#Kongres PKR
#Pemilihan PKR 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan