Skip to main content

Politik

[TERKINI] Nurul Izzah cuti sementara jawatan Timbalan Presiden PKR

KOTA KINABALU, 18 Nov -- Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ketika menyampaikan ucapan pada ceramah Pakatan Harapan di PDM Tengah Padang Petagas hari ini.  -- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA.
Nurul Izzah turut memaklumkan mahu mengundurkan diri daripada jawatan terebut.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk memberikan cuti sementara kepada Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar, berkuat kuasa selepas Kongres Nasional 2026 di Melaka, minggu depan. 

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Nurul Izzah turut memaklumkan mahu mengundurkan diri daripada jawatan terebut.

“Setelah mendengar pandangan Nurul Izzah and pimpinan, MPP bersetuju untuk memberi cuti sementara kepada Nurul Izzah bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumum,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.

Pada masa sama, Fahmi turut memaklumkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan memangku tugas Timbalan Presiden untuk sementara.

Keputusan mesyuarat MPP yang berlangsung hari ini turut menyatakan bahawa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan kekal sebagai Naib Presiden dan menggalas tugas penuh selaku Pengarah Pilihanraya PKR.

Fahmi turut memaklumkan bahawa Nurul Izzah akan merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dijadual berlangsung pada 14 Ogos ini.

Jawatan Timbalan Presiden PKR disandang oleh Nurul Izzah bagi penggal 2025 hingga 2028 selepas beliau menewaskan penyandang ketika itu, Datuk Seri Rafizi Ramli, dalam pemilihan parti pada Mei 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa ketika itu mengumumkan Nurul Izzah memperoleh 9,803 undi menewaskan Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan yang meraih 3,866 undi.

Must Watch Video

Advertisement