Skip to main content

Malaysia

Agenda transformasi TVET diperkukuh menerusi pasukan petugas strategik TVET 2.0

PUTRAJAYA, 6 Ogos -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perhimpunan Bulan Ogos Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata pasukan petugas dan jawatankuasa itu akan menerajui pelaksanaan inisiatif TVET secara lebih tersusun, menyeluruh dan berfokus kepada pencapaian hasil, selaras usaha membangunkan ekosistem TVET lebih responsif terhadap keperluan industri serta cabaran ekonomi masa hadapan. - BERNAMA
Advertisement

PUTRAJAYA: Agenda transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara diperkukuh menerusi penubuhan Pasukan Petugas Strategik TVET 2.0 2026-2035 bersama 10 Jawatankuasa Strategik TVET, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata pasukan petugas dan jawatankuasa itu akan menerajui pelaksanaan inisiatif TVET secara lebih tersusun, menyeluruh dan berfokus kepada pencapaian hasil, selaras usaha membangunkan ekosistem TVET lebih responsif terhadap keperluan industri serta cabaran ekonomi masa hadapan.

"Kerajaan terus memperkukuh agenda transformasi TVET negara menerusi penyelarasan dasar yang lebih strategik, bersepadu dan berorientasikan impak.

"Penubuhan Pasukan Petugas Strategik TVET 2.0 bersama 10 Jawatankuasa Strategik TVET yang bakal menerajui pelaksanaan inisiatif secara lebih tersusun, menyeluruh dan berfokus kepada pencapaian hasil," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan Petugas Strategik TVET 2.0 2026-2035 itu dipengerusikan Presiden dan Naib Canselor Universiti UCSI Prof Emeritus Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.

Antara 10 jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Tadbir Urus dan Reformasi Institusi TVET yang dipengerusikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Jawatankuasa Industri dan Majikan TVET (Datuk Khairul Azwan Harun); Jawatankuasa Pembiayaan dan Kelestarian TVET (Ramelle Ashram Ramli); serta Jawatankuasa Pemerkasaan Wanita dalam TVET yang dipengerusikan Datuk Dr Masilla Kamalrudin.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata inisiatif itu mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk memperkasa TVET sebagai pemacu utama pembangunan modal insan negara, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia memenuhi tuntutan ekonomi masa hadapan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement