awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan perlu buat pendekatan luar dari kebiasaan - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
29/01/2024
11:23 MYT
Pakatan Harapan perlu buat pendekatan luar dari kebiasaan - Saifuddin Nasution
Pakatan Harapan perlu melakukan pendekatan yang luar dari kebiasaan dalam usaha meletakkan negara kembali di landasan yang tepat, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto Facebook Saifuddin Nasution
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan perlu melakukan pendekatan yang luar dari kebiasaan dalam usaha meletakkan negara kembali di landasan yang tepat, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menerusi hantaran di Facebook, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat berkata Pemukiman Pakatan Harapan 2024, akan menjadi medan bagi menggerakkan agenda rakyat serta mempertingkatkan naratif penerangan.
"Sewaktu ucapan pembukaan selaku Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, saya singgung beberapa perincian yang perlu diberi tumpuan khusus oleh rakan-rakan pimpinan. Ketika situasi cukup mencabar dalam usaha meletakkan negara kembali di atas landasan yang tepat, pendekatan Pakatan Harapan juga perlu lebih dari kebiasaan.
"Insya-Allah muafakat persahabatan ini kita perkukuhkan dan jalan ke hadapan bagi menggerakkan agenda rakyat serta naratif penerangan mesti dipertingkatkan," katanya.
Pemukiman Pakatan Harapan berlangsung selama dua hari bermula semalam di Putrajaya dan melibatkan pimpinan utama parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Saifuddin Nasution Ismail
#Parti Keadilan Rakyat
#pendekatan luar dari kebiasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan