KUALA LUMPUR: Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil membidas tindakan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya 'tidak cukup kuat' dalam memperjuangkan isu Palestin.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang boleh sahaja menyoal Perdana Menteri di Parlimen jika terdapat sebarang isu, namun beliau bukan sahaja tidak berbuat demikian malah tidak hadir ke Dewan Rakyat.
"Dari 9 hingga 19 Okt, Abdul Hadi hadir satu hari iaitu pada 16 Okt, hari sama Perdana Menteri buat kenyataan mengenai isu Palestin. Jadi, peluang untuk lawan ada.
"Tapi ada Abdul Hadi kritik atau lawan kenyataan Perdana Menteri? langsung tak!," kata Fahmi menerusi catatan di akaun X beliau.
Fahmi mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi dalam sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam, Selangor semalam ketika ditanya mengenai pendirian Anwar terhadap penindasan rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.
Menerusi catatan itu, Fahmi turut berkongsi Hansard Parlimen bertarikh 16 Okt ketika Anwar membuat kenyataan mengenai isu Palestin pada 11.37 pagi.
"Ketua pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berucap selepas itu, malah siap ucap tahniah kepada Perdana Menteri atas pendirian Kerajaan dalam isu Palestin.
"Tiba-tiba Abdul Hadi mencelah. Tapi daripada 136 patah perkataan yang dia ucap, tak sepatah pun dia balas, sanggah, tegur atau kritik kenyataan Perdana Menteri yang kononnya "tak cukup kuat".
"Jadi, kenapa dia tak terus sebut bila ada peluang dalam dewan? Ini ke adab seorang 'alim', 'pendakwah'? Jelas Abdul Hadi ni seorang yang penuh hasad dengki," katanya.
Pada 16 Okt lalu, Perdana Menteri berkata sebarang tindakan untuk menghantar tentera Malaysia ke Palestin termasuk bagi menjalankan misi pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan perlu disepakati oleh negara-negara jiran terlebih dahulu.
Pada sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, Anwar berkata jika perkara itu tidak dilaksanakan, ia akan menyebabkan pesawat negara tidak boleh mendarat bagi misi kemanusiaan.
Ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Malaysia akan melancarkan tabung kemanusiaan bagi menampung serta membantu warga Palestin dengan dana RM10 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023
Fahmi berkata, Abdul Hadi boleh sahaja menyoal Perdana Menteri di Parlimen jika terdapat sebarang isu, namun beliau bukan sahaja tidak berbuat demikian malah tidak hadir ke Dewan Rakyat. - Gambar fail
Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel
Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
Remaja 13 tahun mengaku bakar anak kucing hidup-hidup
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu.
PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.
Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.
AWANI Tonight: Microsoft to invest RM10.5 bil in cloud, AI services
Microsoft has pledged RM10.5 billion investment in artificial intelligence (AI) and cloud computing to help develop Malaysia’s AI infrastructure.
AWANI Tonight: UCLA pro-Palestine students in standoff with police
Hundreds of police officers made their way to the UCLA campus, warning pro-Palestinian demonstrators that they would be arrested for unlawful assembly if they did not leave.
AWANI Tonight: Building smart homes, innovating customer experiences
Around 500 to 700 million LG products are in use worldwide, many of which contain AI sensors to learn and analyse users' lifestyles. Astro AWANI correspondent Faye Kwan reports on how the firm makes use of its access to this wealth of data.
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Hentikan boikot KK Mart - Mufti Perak
Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh menasihatkan umat Islam agar menghentikan tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu cawangan kedai serbaneka itu.
[INFOGRAFIK] Indeks Kebebasan Media Dunia 2024
[INFOGRAFIK] Indeks Kebebasan Media Dunia 2024
Filem Sheriff cecah kutipan RM44.5 juta selepas 14 hari tayangan
Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof mendapat sambutan luar biasa di pawagam meskipun telah memasuki minggu kedua tayangan di seluruh negara dengan meraih kutipan terkini mencecah RM44.5 juta.
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
Malaysia guna hubungan baik pelbagai negara bantu henti kekejaman di Gaza - PM Anwar
Katanya, strategi melibatkan pelbagai negara harus dirangka kerana penindasan di Gaza bukan lagi isu yang hanya melibatkan OIC dan Islam.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.