Isu yang melibatkan tuntutan hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kembali dibangkitkan Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ia melibatkan beberapa perkara termasuk pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan mengembalikan status negeri di Sabah dan Sarawak itu sebagai rakan kongsi bersama Semenanjung Malaysia sejajar dengan MA63.
Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) berkata sekiranya pindaan itu akan dibentangkan semula dalam masa terdekat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) maka ia akan membawa kegembiraan kepada rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.
Jelasnya, ini kerana kegagalan pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan pada 9 April tahun lepas telah mengecewakan rakyat Sabah dan Sarawak.
"Kita berharap, agar Perdana Menteri akan mempercepatkan hal ini, agar Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukanlah satu kerja yang sia-sia," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini cuba meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan pada 9 April tahun lepas tetapi gagal mendapat majoriti dua pertiga untuk diluluskan di Dewan Rakyat.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal secepat mungkin bagi membincangkan tentang MA63.
Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) berkata beliau berharap agar isu pindaan itu, tidak harus dilengah-lengkahkan lagi dan perlu diselesaikan segera.
"Begitu juga semua perkara berkaitan hak dan tuntutan Sarawak melibatkan MA63, ianya hendaklah dipercepatkan supaya rakyat Sarawak mendapat kembali hak-hak mereka yang telah lama terhakis sama ada secara sengaja atau tidak sengaja," katanya.
Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) pula mencadangkan supaya kerajaan Persekutuan memperkenalkan legal commitment antara kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bagi memastikan setiap tuntutan dalam MA63 dilaksanakan secara jujur dan ikhlas.
Menerusi komitmen undang-undang itu, Mohamad berkata ia perlu dinyatakan secara jelas tentang perincian dan tempoh pelaksanaan tuntutan itu.
"Kita alu-alukan kerajaan pusat untuk terus menerokai kekayaan negeri Sabah, ambil saja kekayaan kami tetapi kembalikan hak kami dan ikutlah perjanjian yang termaktub dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Persidangan Dewan disambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 21 2020
Isnaraissah berkata sekiranya pindaan itu dibentangkan semula dalam masa terdekat, ia akan menggembirakan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
AWANI 7:45 [29/04/2024] – Meja bulat bersama 50 pemimpin industri dunia | Penggunaan komersial capai 80 peratus
PM yakin Malaysia jadi destinasi pelabur bernilai tinggi.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.