KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan kajian menyeluruh berhubung penggubalan Akta Pembelaan Awam untuk memperkasakan akses bantuan guaman bagi kes jenayah kepada golongan kurang berkemampuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata untuk mendapatkan penilaian terbaik bagi model dan format akta itu, kajian akan meliputi perbandingan pelaksanaan peraturan seumpama itu di luar negara serta parameter penggubalannnya.
"Sebanyak 10 fakulti undang-undang daripada institut pengajian tinggi awan (IPTA) dan swasta (IPTS) di Malaysia seperti Universiti Malaya dan Universti Kebangsaan Malaysia akan terlibat dalam kajian ini.
"Kerajaan komited untuk tambah baik perkhidmatan bantuan guaman bagi kes jenayah kepada rakyat yang kurang berkemampuan," katanya pada sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berhubung sama ada kerajaan bercadang menggubal Akta Pembelaan Awam untuk membantu rakyat kurang berkemampuan mendapat akses kepada keadilan.
Menjawab soalan tambahan Takiyuddin berhubung nasib dan peranan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) selepas akta itu digubal, Azalina menjelaskan kajian yang dilaksanakan bersama 10 fakulti undang-undang berkenaan turut meneliti fungsi YBGK.
"Buat masa ini, saya tidak boleh menjawab nasib YBGK kerana hasil sesi libat urus yang (sedang) berjalan dan kajian dengan 10 universti itu akan diberikan kepada kerajaan untuk menentukan dasar hala tuju bantuan guaman yang akan dilaksanakan
"Sama ada YBGK dihidupkan, dimasukkan atau diasingkan saya tak boleh jawab lagi... saya tunggu nasihat daripada kajian itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023

Kata Azalina, kerajaan komited untuk menambah baik perkhidmatan bantuan guaman bagi kes jenayah kepada rakyat yang kurang berkemampuan. - Fail/Bernama

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan
Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi tadi di sebuah rumah di Tambun Tulang.

Pendekatan holistik diperlukan untuk tangani serangan siber - Fahmi
Menurut Fahmi, fokus hendaklah dialih daripada cuba mencegah serangan siber sepenuhnya kepada menyusun strategi serta meminimumkan impak apabila ia berlaku.

Parlimen: Kerajaan laksana kajian menyeluruh gubal Akta Pembelaan Awam - Azalina
Kerajaan akan melaksanakan kajian menyeluruh berhubung penggubalan Akta Pembelaan Awam untuk memperkasakan akses bantuan guaman bagi kes jenayah kepada golongan kurang berkemampuan.