awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Lim Kit Siang digantung selama 6 bulan

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
22/10/2015
05:40 MYT
Parlimen: Lim Kit Siang digantung selama 6 bulan
Kit Siang sendiri memilih untuk berkecuali dalam usul ini yang diluluskan sekitar jam 1 tengahari itu. - Gambar Fail
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung selama 6 bulan dari menghadiri sidang parlimen berkuatkuasa hari ini.
Perkara berkenaan diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, selepas sesi pengundian yang menyaksikan 107 Ahli Parlimen bersetuju, sementara 77 lagi tidak bersetuju.
Kit Siang sendiri memilih untuk berkecuali dalam usul ini yang diluluskan sekitar jam 1 tengahari itu.
Ketika di luar Dewan Rakyat, Kit Siang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah menyokongnya dalam perbahasan.
"Saya berasa sedih kerana perhatian diberikan lebih kepada isu ini berbanding isu-isu lain yang lebih besar seperti 1MDB," kata beliau.
Usul menggantung Kit Siang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada akhir sidang semalam.
Ia susulan kegagalan Kit Siang memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Pandikar pada 19 Oktober selepas perbahasan usul mengenai jerebu.
Kit Siang mendakwa Pandikar menyalahgunakan kuasanya dan mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Lim Kit Siang
#Pandikar Amin Mulia
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan