awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS bermesyuarat bincang hubungan UMNO-Bersatu

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2021
05:11 MYT
PAS bermesyuarat bincang hubungan UMNO-Bersatu
Abdul Hadi dilapor mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan situasi politik melibatkan hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). -Gambar fail
KUALA LUMPUR:PAS dilapor mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan situasi politik melibatkan hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Difahamkan mesyuarat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berlangsung di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut jam 10 pagi tadi.
Menurut laporan portal MalaysiaKini, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz dilihat meninggalkan premis itu selepas setengah jam mesyuarat bermula.
Mesyuarat dipercayai membincangkan ketetapan PAS dalam kemelut politik melanda hubungan UMNO dan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Malah terdapat pemimpin veteran PAS yang berpendapat ketiga-tiga parti Islam itu perlu kekal bersama untuk mengelakkan kerugian yang besar.
Astro AWANI sedang mendapatkan reaksi pemimpin Pas terutamanya Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung mesyuarat itu.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#PPBM
#PAS
#UMNO
#Astro Awani
#PRU
#politik
#Muafakat Nasional
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan