KUALA LUMPUR: Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ahli Parlimen UMNO untuk menarik diri daripada kerajaan Periktan Nasional (PN) disifatkan sebagai tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub di dalam piagam Muafakat Nasional (MN).
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Pada masa yang sama usaha untuk menangani penularan wabak COVID-19 serta usaha membantu rakyat terjejas teruk," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Pada masa yang sama, Tuan Ibrahim turut menzahirkan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
"Pas melahirkan rasa dukacita dengan langkah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang bertindak mengarahkan ahli Parlimen UMNO menarik diri daripada kerajaan PN," katanya.
Walau bagaimanapun, katanya, Pas akan kekal yakin dengan asas penubuhan Muafakat Nasional yang bermatlamatkan kesatuan ummah serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.
Umavathi Ramayah
Thu Aug 05 2021
Tuan Ibrahim berkata, tindakan Ahmad Zahid secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Gambar fail/BERNAMA
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Elaun guru Pasti: Pas buka ruang penambahbaikan
Tekanan dibuat terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sejak kebelakangan ini tidak sesekali melunturkan semangat kepimpinan dan ahli Pas.
Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara
Tuan Ibrahim berkata, perkara ini mesti diuruskan dengan kewibawaan kerajaan Malaysia sendiri tanpa didorong oleh campur tangan asing.
PN sokong penuh usaha pinda Perlembagaan angkat bidang kuasa Mahkamah Syariah - Tuan Ibrahim
Usaha untuk memperjuangkan kedudukan hukum syarak tidak seharusnya menimbulkan perpecahan atau dipolitikkan.
Pas gesa PM tegur DAP jangan sentuh sensitiviti Islam
Tuan Ibrahim berkata, DAP sekali lagi menunjukkan taring apabila mengeluarkan kenyataan yang mencampuri urusan agama Islam.
Pilihan Raya PBT: 'Lama-lama kita ditolak beransur-ansur' - Tuan Ibrahim
Pas nyatakan kebimbangan berhubung kenyataan Dr Zaliha berhubung untuk membuka laluan perbincangan bagi pelaksanaan Pilihan Raya PBT.
Jangan buka ruang perbincangan Pilihan Raya PBT dikembalikan - Tuan Ibrahim
Seharusnya Pilihan Raya PBT tidak diberikan perhatian oleh Zaliha kerana agenda kesejahteraan rakyat bandar perlu menjadi fokus utama.
Poligami bukan ajaran Pas, Tuan Ibrahim bidas MP Bayan Baru
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, dalam hal berpoligami, perkara tersebut dibenarkan oleh syarak dan Islam, dengan syarat tertentu serta pematuhan terhadap aspek undang-undang.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Pas persoal tindakan Perak eksport REE
Pas mempersoalkan tindakan kerajaan Perak yang mengeksport unsur nadir bumi (REE) sedangkan kerajaan melarang sebarang eksport berkaitan sumber bahan mentah yang bernilai tinggi itu.