MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Julai 2025.
Bayi berkenaan yang masih bertali pusat ditemui orang awam di Lorong Cempaka Indah 39, Taman Cempaka Indah, jam 9.55 pagi.
Putri Qisya ketika ini belum memulakan sesi persekolahan secara sepenuhnya memandangkan kanak-kanak itu masih dalam peringkat pemulihan emosi.
Antara tarikan utama adalah tawaran diskaun saman dari 30 sehingga 50 peratus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan pagi tadi.
Pergerakan Pemuda UMNO menggesa agar Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang alasan atau dolak-dalik.
Rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai punca selebriti Shila Amzah diherdik oleh seorang penyanyi legenda tempatan ketika sesi latihan konsert baru-baru ini.
Hanya seorang rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi feri karam di Selat Bali, Indonesia lewat malam 2 Julai lepas, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan peket kacang gajus selepas menahan sepasang suami isteri warga tempatan dan merampas pelbagai dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM3.1 juta Jumaat lepas.
Seekor tapir jantan yang sering kelihatan di Taman Agroteknologi MARDI Cherating mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM35 Jalan Kuantan-Kemaman di sini, tengah malam tadi.
Strategi gabungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dijangka mampu menghasilkan kemenangan besar berdasarkan dapatan daripada pilihan raya terdahulu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami