TUMPAT: Pas bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk kehadiran gabungan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan, kata Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Menteri Besar Kelantan itu berkata kemunculan gabungan seperti itu adalah perkara biasa dalam politik dan bagi Pas ia langsung tidak menggugat kesiapsiagaan jenteranya menghadapi PRU15 akan datang.
"Mana-mana pihak boleh membuat apa sahaja yang mereka rasa dibenar oleh Perlembagaan negara. Cuma masing-masing membuat persiapan. Apa pun kita berpandu kepada arahan dan keputusan pusat (Pas pusat)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kelantan di Kampung Alor Pasir, di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan sebuah gabungan baharu diberi nama Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan ditubuhkan dengan hasrat menumbangkan Pas di Kelantan pada PRU15 nanti.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata biarpun sambutan Aidilfitri pada kali ini awal sehari daripada jangkaan, perayaan itu masih diraikan dengan meriah.
"Walaupun perkara ini seperti menimbulkan masalah tetapi sebenarnya inilah cara kita berpegang kepada pelaksanaan melihat anak bulan, maka dengan sendirinya saya bersetuju atas dasar keputusan para ulama mesti didahului dengan melihat anak bulan. Sekiranya anak bulan telah kelihatan maka dengan sendirinya hisab jatuh kepada keputusan yang kedua.
"Memanglah agak terkejut sedikit, suasana agak luar biasa kerana masing-masing tidak sempat membuat persiapan dengan secukupnya kerana mereka mengharapkan pada tarikh jangkaan, namun dalam keadaan yang tergesa-gesa, kita dapat menyediakan persiapan," katanya.
Mengulas mengenai pemberian cuti peristiwa pada esok (Khamis) kepada kakitangan awam negeri seperti yang diumumkan sebelum ini, Ahmad berkata ia terpaksa ditarik balik kerana merasakan sudah cukup pemberian cuti selama tiga hari.
Justeru katanya, esok adalah hari bekerja bagi penjawat awam di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022
Ahmad (kanan) melayani tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Baru hari ini. - Gambar/ Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
PRN Kelantan: Pas hantar lebih 100 nama untuk tapisan Majlis Syura
Pas Kelantan telah menghantar senarai nama lebih 100 calon yang berkelayakan bagi mewakili parti itu untuk bertanding di 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Kelantan perlukan pembangkang yang kuat - Nik Nazmi
Pembangkang yang kuat itu bagi memastikan tugas semak dan imbang pentadbiran Pas Kelantan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
PRU15: Pas serah 150 nama calon Parlimen, DUN Kelantan
Kesemua nama calon tersebut dihantar kepada Pas Pusat pada Ogos lalu.
'Pakai kain pelikat di rumah pun boleh tengok Astro dan Netflix, tak perlu ada pawagam' - Mohd Amar
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri ini kerana ianya bukan satu keperluan.
Pas Kelantan dijangka berdepan cabaran getir PRU akan datang
Minat rakyat kini lebih terarah kepada isu-isu semasa yang berlaku di Kelantan seperti masalah bekalan air.
Pas Kelantan siap sedia hadapi sebarang kemungkinan pada PRU15 - Ahmad
Pas bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk kehadiran gabungan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan.
Pas tidak bimbang rancangan Ku Li rampas Kelantan
Kebiasaannya, ketetapan untuk sesebuah parti menjalinkan kerjasama dibuat oleh parti, dan bukannya individu.
Jangan kritik, mulut jahat terhadap Pas Kelantan - Ahmad Jazlan
Pendekatan UMNO ialah mengelak dari mengeluarkan perkataan kasar sehingga boleh menimbulkan rasa tidak selesa parti lawan.
Kenyataan Singapura maju kerana tiada UMNO gurauan kurang cerdik - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata sindiran Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah itu satu pernyataan yang tiada asas, hanyalah modal retorik.
Puteri UMNO Kelantan sokong pendirian tidak bersama Pas negeri
Puteri UMNO Kelantan menghormati keputusan Pas Kelantan yang walak kepada keputusan Pas Pusat.