awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti

Bernama
Bernama
14/09/2024
14:52 MYT
Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti
Takiyuddin berkata mana-mana ahli yang menyertai atau menyokong parti lain yang tidak dianggotai PAS atau mengambil tindakan yang bertentangan dengan pendirian parti akan kehilangan keahlian secara automatik. - Foto FB Takiyuddin Hassan
TEMERLOH: Muktamar Pas ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan tujuh usul pindaan perlembagaan parti itu termasuk mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas berkaitan isu anti lompat parti.
Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata mana-mana ahli yang menyertai atau menyokong parti lain yang tidak dianggotai Pas atau mengambil tindakan yang bertentangan dengan pendirian parti akan kehilangan keahlian secara automatik.
"Peruntukan ini (Fasal 15A) juga meliputi ahli yang memilih untuk menjadi wakil rakyat bebas. Ini penting bagi memastikan disiplin dan kesetiaan ahli yang memegang jawatan dalam badan perundangan," katanya semasa membentangkan usul berkenaan pada muktamar itu di sini hari ini.
Selain itu, Takiyuddin berkata Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) akan diperkasa dengan memberikan lebih hak dan peranan kepada ahlinya, termasuk hak mengundi dan dipilih dalam parti, bagi memberi ruang lebih luas kepada mereka untuk menyumbang kepada hala tuju parti.
Turut diluluskan ialah pindaan berkaitan penubuhan Dewan As-Sabiqun sebagai wadah khas untuk ahli Pas yang berumur 60 tahun ke atas untuk terus menyumbang pandangan dan pengalaman mereka.
Empat usul lain berkaitan pengurusan dalaman dewan-dewan Pas di peringkat pusat, negeri dan kawasan; aspek pentadbiran parti; mewujudkan Lembaga Pemegang Amanah Pas; dan penyelarasan teknikal dalam Perlembagaan Pas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muktamar Pas
#lulus usul pindaan perlembagaan
#anti lompat parti
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan