awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas muktamad senarai calon PRU14 - Abdul Hadi

Bernama
Bernama
04/02/2018
09:53 MYT
Pas muktamad senarai calon PRU14 - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata pihaknya akan melihat kewajaran dan kekuatan Pas di kawasan-kawasan tertentu di Pulau Pinang bagi menentukan kerusi yang bakal ditandingi parti itu. - Gambar fail
Pas sudah memuktamadkan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata senarai nama calon itu, yang dikemukakan Pas negeri, telah diluluskan Majlis Syura Ulama tiga minggu lepas.
"Mungkin ramai (calon) muka baharu sebab (calon) lama dah berusia. Kami juga akan kemukakan ramai calon muda termasuk wanita dan bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) India di sini, hari ini.
Beliau berkata setakat ini, Pas memutuskan untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen.
"...mungkin banyak lagi (kerusi). Kita akan bertanding di kawasan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bertanding," katanya.
Abdul Hadi berkata sehingga kini, Pas telah mengumpulkan puluhan badan bukan kerajaan dan tiga parti politik iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) di bawah Gagasan Sejahtera.
Ditanya mengenai kerusi yang bakal ditandingi Pas di Pulau Pinang, Abdul Hadi berkata pihaknya akan melihat kewajaran dan kekuatan parti itu di kawasan-kawasan tertentu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof yang turut hadir pada program itu, berkata nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man tidak disenaraikan sebagai calon Pas Pulau Pinang pada PRU14.
Bagaimanapun, katanya, wakil rakyat tunggal Pas di Pulau Pinang itu masih kekal sebagai anggota Pas.
Mohd Salleh ketika dihubungi berkata beliau akan terus bersama rakyat dan melaksanakan kebajikan mengikut kemampuannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Barisan Nasional
#calon
#Pakatan Harapan
#PAS
#pilihan raya umum
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan