awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2023
05:10 MYT
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, disebabkan prinsip Islam, al-din, DAP telah menolak Pas. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, disebabkan prinsip berikut parti yang diketuai oleh Lim Guan Eng itu telah menolak Pas.
“Prinsip ini mewajibkan Islam mempunyai kedudukan berdaulat dalam negara dipimpin oleh Islam dan bukan konsep sekularisme yang berpisah daripada agama atau ‘Malaysian Malaysia’ yang berperanan menghapuskan rupa bangsa.
“Apabila DAP mahu mengheret Pas keluar daripada prinsipnya dan menginginkan parti ini agar tunduk kepada prinsip sekularisme yang menjadi perlembagaan serta konsep 'Malaysian Malaysia' menjadi hala tuju maka berlakulah pertembungan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Khamis.
Menurutnya, pertembungan itu telah menyebabkan DAP atau Pas untuk keluar daripada persefahaman politik kerana jelas melanggar prinsip perjuangan parti.
Kata Ahli Parlimen Marang itu, sebelum ini DAP menerima konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh parti mengikut kefahaman sempit, namun membolehkan persefahaman dilakukan.
“Bagaimanapun, apabila Majlis Syura Ulama mengeluarkan Dokumen Negara Islam yang lengkap untuk dijadikan panduan secara tiba-tiba DAP mendedahkan sikap menentang Islam.
“Parti itu (DAP) menunjukkan sikap terhadap konsep negara berkebajikan mengikut skop sekularisme yang mereka anuti. Pada masa sama, mereka secara terbuka menentang Islam dengan membela golongan murtad, menentang pengharaman arak dan judi,” ujarnya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#DAP tolak hubungan
#PAS
#Lim Guan Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan