awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS, PKR belum capai kata putus calon PRK Pengkalan Kubor

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2014
09:13 MYT
PAS, PKR belum capai kata putus calon PRK Pengkalan Kubor
PAS dan PKR Kelantan belum mencapai persetujuan berhubung calon yang akan dinamakan bertanding dalam PRK DUN Pengkalan Kubor 25 November ini.
PAS dan Parti Keadilan Rakyat Kelantan belum lagi mencapai persetujuan berhubung calon yang akan dinamakan bertanding mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor pada 25 November ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir tetapi tidak mendapat kata putus.
Sehubungan itu, mereka menyerahkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan dan sehingga ini belum mendapat maklum balas mengenai perkara itu.
"Apabila PAS pun nak bertanding dan PKR pun nak bertanding, jadi kita tidak boleh capai kata putus. Kita setuju untuk serah keputusan (kepada MPPP)," katanya di Kota Bahru hari ini.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali pada Ahad bahawa PKR Kelantan setuju memberi laluan kepada PAS bertanding di pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor.
Katanya, keputusan itu hasil perbincangan antara PKR Kelantan dan PAS Kelantan.
Dalam pada itu, Ab Aziz turut menafikan pihaknya setuju menyerahkan kerusi DUN Pengkalan Kubor untuk ditandingi oleh calon PAS sebaliknya menegaskan PKR akan meletakkan calonnya.
Bagaimanapun, pihaknya sedia memberi laluan kepada PAS Kelantan sekiranya diputuskan oleh PKR Pusat.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor selama ini ditandingi oleh calon PAS sebelum diserahkan kepada PKR sejak pilihan raya umum 2008.
Topic Berkaitan
#ffff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan