awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas, PN masih masih perlukan kepimpinan Muhyiddin - Mohd Amar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/08/2022
09:31 MYT
Pas, PN masih masih perlukan kepimpinan Muhyiddin - Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PN masih memerlukan kepimpinan Muhyiddin terutama dalam menerajui parti Bersatu. - Gamba fail
KOTA BHARU: Pas masih memerlukan Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin Perikatan Nasional (PN) bukan hanya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, malah pada masa-masa akan datang.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PN juga masih memerlukan kepimpinan Muhyiddin terutama dalam menerajui parti Bersatu.
"Bagi kita dari sudut PN, kita berasakan kita memerlukan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin bukan hanya untuk hadapi PRU, tetapi untuk masa hadapan.
"Masalahnya, kalau dia berasa dia tak nak teruskan itu hak dia, tetapi pandangan parti (Pas), dia masih diperlukan untuk menerajui PN bukan hanya pilihan raya ini tetapi juga pada masa hadapan," katanya di sini hari ini.
Muhyiddin baru-baru ini membayangkan dia bersedia untuk bersara daripada politik selepas PRU15 nanti.
Beliau memaklumkan ingin meluangkan masa bersama keluarga.
Politik | PRU15 mungkin yang terakhir - Muhyiddin
Sementara itu, Pas sekali lagi menegaskan bersedia menghadapi PRU15 dengan melakukan persiapan yang maksima.
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar melahirkan rasa hairan selepas UMNO berjaya menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas pilihan raya.
Sedangkan jelasnya, kebiasaan sesebuah parti mengadakan pemilihan dua atau tiga tahun sekali dan jarang berlaku pemilihan diadakan di luar tempoh lima tahun.
Situasi ini katanya menyekat ruang dan perkembangan dalam parti termasuk menyekat peluang pemimpin muda dan pelapis untuk menonjol.
Beliau bagaimana berkata, keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) membenarkan penangguhan itu harus dihormati.
Topic Berkaitan
#PAS
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Muhyiddin Yassin
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan