awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas tidak kecil hati dengan UMNO, teruskan usaha penyatuan

Bernama
Bernama
05/01/2021
09:45 MYT
Pas tidak kecil hati dengan UMNO, teruskan usaha penyatuan
Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas akan meneruskan hubungan dengan UMNO dan menyerahkannya kepada kepimpinan atasan termasuk menerima apa-apa arahan dari pihak tersebut. - Gambar fail
KOTA BHARU:Pas sama sekali tidak berkecil hati dan akan meneruskan perjuangan menyatukan umat Islam dan bukan Islam bersama UMNO.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya akan meneruskan hubungan dan menyerahkannya kepada kepimpinan atasan termasuk menerima apa-apa arahan dari pihak tersebut.
"Sebenarnya kita bersyukur kerana selepas 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, dengan keadaan yang kita lihat memberi kesan yang amat besar kepada orang Melayu dan juga kedudukan Islam.
"Apabila dapat bertukar kerajaan, ia adalah satu rahmat kepada kita dan sekarang ini kita kena bina dan sedar matlamat kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu Kepada Penjawat Awam di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad dan Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan, melahirkan rasa syukur kerana dapat membentuk dan mengambil satu kerajaan yang boleh membela semula nasib rakyat.
"Usaha (membentuk kerajaan) itu penting. Kita akan terus berjuang sedaya upaya kita," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub memaklumkan, pihaknya menerima usul daripada bahagian-bahagian supaya membuat kajian semula kerjasama, berdasarkan sikap PAS yang tidak mengutamakan hubungan dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAS
#UMNO
#berkecil hati
#Umat Islam
#timbalan mursyidul am pas
#Ahmad Yakob
#Ahmad Jazlan Yaakub
#Muafakat Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan