awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas tidak layan cabaran Husam - Idris Ahmad

Bernama
Bernama
14/03/2017
22:28 MYT
Pas tidak layan cabaran Husam - Idris Ahmad
IDRIS: Pas sudah tidak peduli pada Husam.
PAS tidak berminat melayan karenah bekas Naib Presidennya Datuk Husam Musa yang mencabar parti itu mengheretnya ke Mahkamah Syariah kerana melanggar sumpah taklik dan bai'ah parti itu.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata ini kerana bekas exco Kelantan itu bukan lagi anggota PAS, selain menyatakan bahawa parti itu mahu menumpukan kepada agenda lebih besar iaitu persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kami sudah tidak peduli dia (Husam). Dia bukan lagi ahli PAS dan sudah keluar pun. Tindakan dia sekarang itu lebih kepada mahu menjatuhkan PAS.
"Banyak lagi agenda besar (PAS), seperti persediaan menghadapi PRU14," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, pada Selasa.
Husam yang kini menyertai Parti Amanah Negara sebelum ini dilaporkan mencabar bekas partinya itu mengheretnya ke Mahkamah Syariah kerana melanggar bai'ah parti.
Cabaran itu susulan usul PAS Tanah Merah yang mahu mana-mana bekas pemimpin parti itu yang melanggar sumpah taklik dan bai'ah yang dilafaz sebelum ini didakwa di Mahkamah Syariah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Husam Musa
#Parti Amanah Negara
#PAS
#PRU14
#syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan