awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas, UMNO guna satu logo dalam PRU15?

Sinar Harian
Sinar Harian
03/03/2019
07:28 MYT
Pas, UMNO guna satu logo dalam PRU15?
Kerjasama UMNO-Pas dilihat bakal memasuki fasa baharu sempena PRU15. -Foto Sinar Harian
Kerjasama UMNO-Pas dilihat bakal memasuki fasa baharu sempena PRU15 selepas kerjasama dua parti Islam-Melayu itu menghasilkan kemenangan dalam PRK Cameron Highlands dan terbaru PRK Semenyih.
Kedua-dua parti itu dikatakan bakal mengorak langkah lebih besar iaitu akan mempertimbangkan menggunakan satu logo pada PRU15 akan datang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan melalui satu rakaman video yang menjawab soalan adakah UMNO-Pas akan menggunakan satu logo berkata, perkara itu akan dibincangkan pada Selasa ini oleh jawatankuasa perunding antara Pas dan UMNO.
“Itulah perancangan kita (terhadap soalan menggunakan satu logo pada PRU15). Untuk makluman, saya, atas arahan parti, telahpun menulis surat kepada Setiausaha Agung UMNO (Tan Sri Annuar Musa) untuk kita menubuhkan sebuah jawatankuasa perunding antara Pas dan UMNO.
“Dan pada 5 Mac (Selasa) ini, jawatankuasa perunding antara Pas dan UMNO itu akan berkumpul,” jelas Takiyuddin pada hari pengundian PRK Semenyih, semalam.
Dalam video tersebut, Takiyuddin dilihat bertemu dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Kita akan lihat satu perkembangan yang baik, dan insya-ALLAH yang diredai ALLAH,” kata Takiyuddin.
Biarpun tidak bertanding dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih, Pas melalui kerjasama bersama UMNO memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
Selepas ini, Pas sekali lagi bakal bekerjasama dengan UMNO untuk PRK Rantau bagi membantu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan kerusinya.
Topic Berkaitan
#fasa baharu
#kerjasama UMNO-Pas
#PRK Cameron Highlands
#PRK Semenyih
#PRU15
#satu logo
#Takiyuddin Hassan
#UMNO-Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan