Seperti yang semua sudah ketahui, Muktamar Tahunan PAS ke-61 sudah pun berakhir semalam. Barisan kepimpinan baharu juga sudah memulakan tugas mereka sebaik saja muktamar berakhir. 'Dream Team' ulama kini menerajui PAS.
Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PAS menantikan corak kepimpinan pasukan 'cai' ulama ini. Tentulah ahli dan perwakilan PAS yang melaungkan takbir sekuat hati apabila mengetahui calon 'cai' ulama diumumkan menang, mahu melihat satu dimensi baru boleh dibawa oleh saf kepimpinan baharu.
Barisan kepimpinan baharu ini tentunya diharap dapat melakarkan sejarah baru bagi PAS. Parti Islam itu sudah berusia lebih 60 tahun, tentulah semua ahlinya mahu PAS melangkah ke hadapan.
Namun, Muktamar Tahunan PAS kali ini berakhir dengan satu persoalan yang membingungkan bukan hanya ahli parti itu tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Persoalan yang berlegar dalam benak ahli PAS selepas muktamar ialah apakah putus atau tidak hubungan dengan DAP?
Kalau benar mahu putuskan hubungan, kenapa usul tergempar Dewan Ulama PAS itu tidak dibahaskan dalam muktamar sebaliknya diserahkan kepada Majlis Syura Ulama (MSU) dan Jawatan Kuasa (JK) PAS Pusat untuk meneliti secara terperinci usul tersebut.
Bukan sedikit perwakilan PAS yang kecewa kerana usul penting itu tidak dibahaskan. Bukan hanya perwakilan Rembau dan Kota Raja saja yang ingin usul itu dibahaskan dalam muktamar. Di luar dewan, ahli-ahli PAS yang datang dari jauh dan dekat, yang sanggup mengikuti perjalanan muktamar dari bawah khemah juga mahu usul itu dibahaskan.
Namun mereka semua kecewa. Alasan yang diberikan, usul itu akan diserahkan kepada MSU dan JK PAS Pusat untuk dinilaikan. Bukankah lebih elok jika usul tersebut dibahaskan dalam muktamar, pandangan perwakilan didengari, kemudiannya MSU dan JK PAS Pusat boleh membuat pertimbangan dari pandangan perwakilan.
Apakah sebelum membuat usul tersebut, perwakilan Dewan Ulama tidak memikirkan kedudukan PAS di Selangor? Tidak mengambil kira kedudukan anak dan menantu 'si polan-si polan' dalam GLC Selangor. Tidak memikirkan tentang kedudukan ustaz-ustaz dalam kerajaan Pulau Pinang.
Sepatutnya Dewan Ulama perlu cermat dalam membuat keputusan. Biarpun alasan yang diberikan, menyerahkan kepada MSU dan JK PAS Pusat untuk meneliti usul tersebut, ramai yang sudah melihat kesilapan pertama sudah dilakukan oleh 'dream team' ulama.
Ramai yang menantikan usul itu dibahas dan diterima oleh Muktamar kerana mahu melihat keupayaan PAS untuk bersendiri tanpa bertahaluf dengan mana-mana parti. Apatah lagi apabila ada yang berkata dalam jubah ulama ada siku dan lutut yang belum digunakan. Ia satu amaran kepada lawan PAS, bahawa parti Islam itu mempunyai senjata yang masih belum digunakan, yang boleh menumbangkan musuh mereka.
Maka tentulah PAS sudah bersedia untuk menggunakan lutut dan siku bagi menewaskan lawan mereka dalam pilihan raya umum akan datang. Dengan adanya lutut dan siku, tidak ada alasan bagi PAS untuk bimbang jika bersendirian. Takbir!
Irwan Muhammad Zain
Sun Jun 07 2015
Persoalan yang berlegar dalam benak ahli PAS selepas muktamar ialah apakah putus atau tidak hubungan dengan DAP?
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.