KUALA LUMPUR: Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di bawah Kerajaan Perpaduan berjaya mengekalkan pentadbiran di negeri termaju itu untuk lima tahun akan datang.
Meskipun Perikatan Nasional (PN) gagal merampas negeri itu, namun mereka berjaya meningkatkan 22 kerusi berbanding 11 kerusi DUN sebelum ini.
Astro AWANI turun ke lapangan, bagi mendapatkan pendapat beberapa ADUN PH, BN dan PN mengenai reaksi mereka dengan keputusan dibuat rakyat.
Perlu buktikan UMNO masih relevan
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz dari BN, meskipun BN hanya berjaya memenangi dua kerusi berbanding 12 kerusi yang ditandingi, perubahan landskap politik selari sentimen sesetengah rakyat mengenai kerjasama di antara PH dan BN.
"Saya akan cuba sebaik mungkin untuk membuktikan UMNO terus relevan dan perkahwinan kita dengan PH baru berapa bulan, kalau berumah tangga nak beranak pun mungkin makan masa, mungkin setahun lebih.
"Kalau tiga empat bulan baru berkahwin, baru hendak menjalinkan hubungan kemesraan. Isu perkauman yang dimainkan (musuh politik) mungkin kena pada PRN kali ini bahawa UMNO bersama DAP," katanya.
Lebih malang jelas Johan, ada segelintir penyokong tegar UMNO dan BN termakan dengan hasutan musuh politik ini.
"Sesetengah penyokong UMNO pun saya yakin dan percaya tidak mengundi calon daripada PH atau BN di bawah Kerajaan Perpaduan kerana termakan dengan hasutan musuh.
"Saya rasa itu berlaku, tindakan tegas akan dilakukan mana ahli yang terang-terangan menyokong dan membantu musuh. Kita akan hantar nama, kita akan cuci akar umbi, bersih total daripada musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan," tegasnya.
Ujarnya, sebagai ADUN BN, ia memberi suntikan semangat untuknya terus bekerja keras membantu Kerajaan Perpaduan di Selangor.
Motivasi buat ADUN kerajaan
Sementara itu, ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi berpendapat, keputusan bijak rakyat negeri itu memilih Kerajaan Perpaduan untuk lima tahun akan datang.
Meskipun bilangan ADUN pembangkang meningkat, namun jelas Najwan, ia motivasi bagi ADUN kerajaan bekerja lebih baik untuk rakyat.
"Kita terima keputusan rakyat pada PRN kali ini dengan kekuatan pembangkang 22 orang, maksudnya mereka telah menafikan majoriti dua pertiga pihak kerajaan.
"Ini lebih kurang seperti mana kita (PH) mula-mula mentadbir pada tahun 2008, di mana kita tiada dua pertiga. Tetapi, ia bukan halangan kepada kerajaan negeri untuk berkhidmat dengan lebih baik," ujarnya.
Tambah Najwan, situasi sama pernah berlaku kepada Pas di Kelantan pada tahun 2004, namun ia bukan menjadi penghalang untuk PH dan BN bekerja lebih kuat untuk terus mendapat mandat rakyat.
"Contohnya di Kelantan, kerajaan Pas pada tahun 1990 menang besar, begitu juga 1995 sehingga 1999 mereka menang besar, tetapi tahun 2004 Kerajaan Pas di Kelantan menang dengan majoriti satu kerusi, tetapi mereka masih mentadbir dengan baik, pada 2008 tetap menang besar.
"Sama ada menang dua pertiga, ia bukan ukuran mengatakan kerajaan tidak kuat, penting di Selangor rakyat telah memilih Kerajaan Perpaduan dan kita ialah kerajaan dipilih rakyat. Sekarang kita harus mengotakan mandat yang diamanahkan.
"Insya-Allah, kita akan datang lebih kuat pada penggal akan datang, ini satu peluang kepada Kerajaan Perpaduan, membuktikan kita akan jadi kerajaan negeri lebih baik daripada sebelum ini," katanya.
Semak dan imbang yang kuat
Sementara itu, ADUN Gombak Setia dari Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hilman Idham pula menyatakan keyakinan rakyat telah memberi isyarat jelas pada PRN kali ini.
Malah penambahan ADUN pembangkang dari PN ujarnya, bakal memberi kuasa semak dan imbang yang signifikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
"Semak dan imbang penting bagi kerajaan negeri, pilihan raya sebelum ini PH menang 51 daripada 56 DUN. kali ini mereka hanya menang 34, kita ada ADUN pembangkang sebanyak 22 kerusi DUN, bermakna dua pertiga majoriti dinafikan rakyat kali ini.
"Sudah tentu sebagai pembangkang, PN akan memainkan peranan signifikan menjadi kumpulan pembangkang yang kuat dan bertanggungjawab untuk membuat semak dan imbang dalam proses demokrasi di DUN," katanya.
Majoriti tipis bukan faktornya
Mengulas mengenai majoriti tipis yang dimenanginya di DUN Gombak Setia, ujar Hilman, ia keputusan rakyat yang telah memilih dalam proses demokrasi.
"Bagi saya itu keputusan rakyat, tipis atau tebal itu bukan faktornya. Kalau mereka ingin teruskan petisyen itu hak mereka.
"Bagi saya sebaik mandat diberikan rakyat maka saya harus bekerja untuk memastikan kesinambungan peranan penggal pertama, kita teruskan ke penggal kedua," katanya.
Berbesar hati bekerjasama
Bagi PN ujar Hilman, mereka berbesar hati untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan isu rakyat dapat diselesaikan.
"Ini sebenarnya satu mesej bahawa gelombang kebangkitan semula rakyat di Gombak telah berlaku. Di Gombak Setia ini pada PRU lepas, PN tewas 4,000 undi, di Hulu Kelang hampir 2,000 undi, hari ini menang lebih 1,000 undi.
"Maka bagi saya sudah tentu kita harus beri keutamaan, rakyat sudah muak dengan politik sebegini. Kita harus buktikan agenda keutamaan mendakap segala isu rakyat dan kita sangat berbesar hati bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan isu rakyat selesai," katanya.
PRN Selangor menyaksikan PH dan BN di bawah Kerajaan Perpaduan meraih 34 kerusi DUN, manakala PN berjaya menang 22 kerusi.
Fareez Azman
Wed Aug 16 2023

Meskipun PN gagal merampas negeri itu, namun mereka berjaya meningkatkan 22 kerusi berbanding 11 kerusi DUN sebelum ini. - Gambar Astro AWANI
Wan Azizah yakin PKR mampu tawan Kelantan
Wan Azizah tegaskan potensi PKR menawan Kelantan bergantung pada semangat anak muda, integriti ahli, dan komitmen memperkukuh parti di peringkat akar umbi.

Edry KRU beli semula album sendiri
Edry KRU berkongsi keterujaan apabila terjumpa semula album KRU iaitu reKRUed yang dilancarkan pada tahun 1993, Awas! (1994) dan album kompilasi Krumania (1997).
UK hentikan rundingan perdagangan, EU pertimbang langkah serupa keatas Israel
Ikuti ulasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai tindakan United Kingdom yang menhentikan seketika rundingan perdagangan bebas dengan Israel dan kenyataan Kesatuan Eropah (EU) yang mempertimbangkan tindakan sama.
Tun Ahmadshah pemimpin prihatin kepada rakyat & negeri - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di kota kinabalu semalam.

LIMA'25: Malaysia perkukuh keselamatan maritim dengan teknologi pengawasan canggih
Malaysia akan meningkatkan pelaburan dalam teknologi pengawasan canggih bagi memperkukuh keselamatan maritim negara.

Agong berkenan berangkat ke LIMA'25
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA' 25) hari ini.

Pickleball jadi pilihan Ikon Sukan Negara kembali ke gelanggang
Chan Peng Soon dan Mirnawan kini aktif dalam sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di ambang kemuliaan atau kehancuran: Liga Europa jadi penentu nasib United
Satu-satunya laluan kejuaraan yang masih terbuka buat skuad kendalian Ruben Amorim, menamatkan kempen dengan menjulang trofi Liga Europa UEFA.
AS-Malaysia kukuh kerjasama pertahanan serantau
Amerika Syarikat dan Malaysia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan demi menghadapi cabaran keselamatan serantau dan menjamin kestabilan Indo-Pasifik.
AWANI Ringkas: Konflik Gajah - Manusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan - Amirudin
Hanya satu petisyen pilihan raya dikemukakan bagi membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi PN pada Pilihan Raya Negeri Selangor, Ogos lepas.

Selangor realisasi tiga tawaran dalam tempoh 100 hari menang PRN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor merealisasikan tiga daripada lima 'Tawaran Kita Selangor' dalam tempoh 100 hari selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos lalu.

Bekas ADUN Banting, Lau Weng San dilantik Speaker DUN Selangor
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-15 pada Selasa.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.

'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

Ragu kiraan undi, wakil PH Sungai Kandis buat laporan polis
Shaari Abdul Malik berkata beliau hadir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 3.56 petang tadi mewakili Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang bertanding di DUN tersebut.

PRN: Dakwa hampir 2,000 kertas undi hilang, calon PH mahu fail petisyen
Zawawi Ahmad Mughni akan memfailkan petisyen pilihan raya susulan dakwaan hampir 2,000 kertas undi di kawasan itu hilang ketika proses penjumlahan undi pada Sabtu.

Selangor umum Isnin cuti peristiwa sempena kejayaan PH-BN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengisytiharkan 14 Ogos 2023 (Isnin) sebagai cuti kelepasan am.

PRN: Dua daripada tiga Exco Selangor daripada PKR tewas
Dua daripada tiga Exco kerajaan Selangor daripada PKR gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada PRN.