KUALA LUMPUR : Negara perlukan nombor dan lebih penglibatan wanita dalam Dewan Rakyat.

Ini kerana menurut Penganalisis Politik UUM, Prof Madya Ummu Atiyah Ahmad Zakuan, ia bakal membawa lonjakan dalam perubahan polisi.

Malah jelasnya, ahli parlimen lelaki sekiranya menyuarakan hak wanita, mereka bercakap berdasarkan keadaan substansif dan tidak menyuarakan secara keseluruhannya.

“Sebenarnya we need numbers, numbers matters, kerana konsep 30 peratus ini adalah jumlah yang dipercayai boleh buat lonjakan perubahan keadaan.

“Ia bakal menyaksikan lonjakan perubahan polisi dan sebagainya kalau kita lihat pada Pilihan Raya UMUM ke-15 (PRU15) menurun, dan bagi saya perlu ada lebih ramai wanita dalam Dewan Rakyat.

“Dewan Rakyat juga memerlukan penglibatan wanita yang lebih kritikal dan memang terbukti bukan lelaki tak cakap berkenaan isu wanita tetapi advokasi lain dan pemahaman lebih berbeza.

“Saya bukan cakan kosong, ini mmg fakta, kajian yang dilakukan memang menunjukkan pemimpin lelaki bercakap isu wanita tidak begitu substantif dan ia tidak akan jadi polisi kalau tiada penglibatan wanita,” katanya menerusi program Malaysia Memilih pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Selasa.

Malah ujarnya, perkara itu penting bukan untuk wanita sahaja tetapi untuk pelbagai kumpulan termasuk  kerjasama erat agar kebajikan wanita datang dari wanita malah untuk kebajikan keseluruhan rakyat.

Mengulas berkenaan komposisi kabinet yang bakal dibentuk, Ummu menjelaskan, sekiranya komposisi kabinet besar, sama seperti kerajaan sebelum ini, ia adalah perkara yang mengecewakan.