SHAH ALAM: Menteri yang bakal dilantik dalam kabinet kerajaan baharu disaran untuk turut tidak mengambil gaji seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri berkata, jutaan ringgit hasil daripada gaji menteri itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.
"Kalau cabaran telah dibuat oleh Perdana Menteri, maka kabinetnya bagaimana? Sudah tentu menteri juga perlu melihat ia sebagai satu contoh.
"Kalau keseluruhan menteri tak ambil gaji, adalah sangat baik dan berapa banyak juta duit itu dapat disalurkan seperti membina lebih banyak sekolah di Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam rancangan Sinar Live bertajuk Kos Sara Hidup: Kabinet Baru Boleh Diharap? yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.
Dalam pada itu, beliau turut menyokong cadangan agar kabinet baharu yang bakal dibentuk nanti lebih kecil daripada sebelum ini.
Menurutnya, ia juga satu langkah penjimatan selain percaya seorang menteri boleh menggalas beberapa portfolio dalam satu-satu masa.
"Beberapa kementerian boleh digabungkan di bawah satu menteri tanpa mengurangkan kualiti dan sumbangan kepada rakyat. Kalau saya, 10 menteri pun dah mencukupi.
"Dari sudut perkhidmatan, menteri yang dilantik dalam kabinet ini mesti mempunyai kewibawaan dan ada keupayaan bekerja dengan lebih baik serta mampu mendengar denyut nadi rakyat," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 30 2022

Yahya Sahri berkata, jutaan ringgit hasil daripada gaji menteri itu dapat digunakan untuk membantu rakyat. -Foto Sinar Harian

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Isu bakar al-Quran: Malaysia ambil pendekatan edar sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia
Malaysia ambil pendekatan yang dianggap paling memberikan faedah kepada Islam iaitu dengan mengedarkan lebih sejuta naskah al-Quran ke seluruh dunia.

Sekuriti makanan antara tumpuan Bajet 2023 - PM
Semua sektor industri perlu mengambil peranan besar dan diberi perhatian termasuk perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

Beri ruang, namun kerajaan perlu segera tunai janji PRU15 - Rais Yatim
Mereka tidak boleh melengahkan dan perlu menyegerakan janji termasuk melaksanakan agenda reformasi agar usaha itu tidak dibiarkan begitu sahaja.

Malaysia Madani penting bagi pertumbuhan, kurangkan jurang ketidaksamaan - IDEAS
IDEAS berkata tema tersebut turut memberi penekanan terhadap usaha pembasmian kemiskinan, pertumbuhan mampan dan sokongan lanjut untuk PKS.

Joe Biden ucap tahniah kepada Anwar, puji demokrasi Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden,

10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
PM saksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia.

Protes tindakan bakar Al-Quran, 1,000 peserta berarak ke kedutaan Sweden
Hampir 1,000 peserta berhimpun secara aman dan berarak ke Kedutaan Sweden dari Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat sebagai tanda protes terhadap tindakan ahli politik Sweden Rasmus Paludan.

PM Anwar solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid, di sini.

Syor kaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedia melihat keperluan untuk mengkaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar.

Malaysia tidak tolak ansur perbuatan bakar teks, buku agama - PM Anwar
Rakyat Malaysia menghargai kemanusiaan dan menghormati hak setiap individu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.