awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
Banjir: Pasangan Itali berjaya dikeluarkan dari Taman Negeri Endau Rompin
Warga emas maut dilanggar kereta terbabas laluan bertentangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: PN boleh menang 36-0 jika PRU, PRN diadakan serentak - Sanusi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
08/12/2022
01:20 MYT
Pasca PRU15: PN boleh menang 36-0 jika PRU, PRN diadakan serentak - Sanusi
Jelas Sanusi, kemenangan besar di Parlimen Padang Serai dalam PRU15 pada Rabu menjadi indikator terbaik berhubung tarikh sesuai bagi pembubaran DUN Kedah. - Foto BERNAMA
PADANG SERAI: Perikatan Nasional (PN) dilihat mampu menyapu bersih kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Kedah sekiranya Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, keyakinan itu dizahirkan selepas gabungan itu menang di 14 kerusi daripada kesuruhan 15 kerusi Parlimen di negeri Jelapang Padi itu.
Jelas beliau, keputusan itu juga terutama kemenangan besar di Parlimen Padang Serai dalam PRU15 pada Rabu juga menjadi indikator terbaik berhubung tarikh sesuai bagi pembubaran DUN Kedah.
PRU15: PN rampas Padang Serai daripada PH, catat kemenangan majoriti besar
Jelasnya yang juga Pengerusi PN Kedah, ketika ini kecenderungan itu dilihat berada pada peringkat mengadakan PRN dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, Sanusi menyatakan bahawa pihaknya kekal dengan pendirian berhubjng perlaksanaan Pilihan Raya Negeri yang mana tetap akan diadakan selepas bulan Mac tahun hadapan.
"Di (negeri) Kedah daripada 15 kawasan Parlimen, PN telah menang 14, PH menang satu sahaja, (kalau keputusan sebenar) 14-1, kalau dijalankan Pilihan Raya Parlimen ini sekali dengan (Pilihan Raya) Negeri, saya yakin kita akan menang 36-0.
"Jadi (perkara itu) akan menjadi satu pertimbangan sama ada pilihan raya DUN itu akan cepat atau lambat, keputusan pilihan raya umum ini akan menjadi satu pertimbangan.
"Kalau keputusan (peringkat) Parlimen ini menjadi kayu ukur untuk kita mempercepatkan atau melambatkan PRN, (ia) lebih banyak (atau cenderung) kepada cepat (untuk diadakan),"
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Padang Serai pada Rabu (semalam).
Dalam perkembangan sama, Sanusi menyatakan keputusan di Parlimen Padang Serai bukan lagi menunjukkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (PH) ditolak rakyat.
Namun, ia membuktikan rakyat terutama pengundi di kawasan Parlimen berkenaan sudah 'meluat' dengan gabungan berkenaan.
"Kalau perbezaan majoriti 1,000 atau 2,000 (undi) itu (memang) rakyat tolak tetapi kalau majoriti sampai berbelas ribu, itu rakyat meluat, itulah signal keputusan (di) Padang Serai kepada suasana politik hari dan inilah (yang berlaku) selepas BN support Pakatan Harapan," katanya.
Tambahnya, sikap menjalankan amanah dengan bersungguh-sungguh, tidak mengamalkan politik dendam, dan menjaga hubungan dengan semua pihak menjadi antara faktor kepada momentum yang digerakkan PN di negeri Kedah ketika ini.
Terdahulu, Datuk Azman Nasrudin diumumkan menang besar di Parlimen Padang Serai dengan majoriti besar sebanyak 16,260 undi menewaskan lima calon lain.
Kemenangan PN di Padang Serai itu menyaksikan kubu kuat Pakatan Harapan terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menang di Parlimen itu sejak tiga penggal lepas berjaya dirampas.
Gabungan itu juga berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU15 19 Nov lepas kepada 74 kerusi di seluruh negara dan mengukuhkan kedudukannya di Kedah dengan memiliki 14 daripada 15 kerusi Parlimen di negeri ini.
PRN Kedah | PN boleh menang 36-0 jika PRU dan PRN diadakan serentak- Sanusi
Topic Berkaitan
#DUN Kedah
#Parlimen Padang Serai
#Muhammad Sanusi Md Nor
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan