awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan semak semula SOP, proses pelesenan di Wilayah Persekutuan
Op Layar: SPRM beku 21 akaun, sita dua hotel milik pegawai kanan TLDM
[TERKINI] Kerajaan Selangor batal projek ternakan babi Bukit Tagar - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Digital bangunkan MyIKD bagi perkukuh keterangkuman digital - Gobind

Bernama
Bernama
26/01/2026
05:16 MYT
Kementerian Digital bangunkan MyIKD bagi perkukuh keterangkuman digital - Gobind
Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika sesi pertanyaan-pertanyaan dan jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Digital sedang membangunkan Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyIKD) dalam usaha memperkukuhkan lagi perancangan dan pemantauan keterangkuman digital secara lebih menyeluruh.
Menterinya Gobind Singh Deo berkata MyIKD adalah sebuah pangkalan data berpusat yang bertujuan mengukur jurang digital dalam masyarakat Malaysia.
"Menerusi MyIKD, aspek kemampuan dalam kalangan masyarakat akan diukur secara khusus dan hasil dapatan akan dimanfaatkan pada masa depan bagi membantu kerajaan merangka intervensi lebih bersasar serta memantau jurang digital secara berterusan," katanya.
Gobind berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai metrik yang digunapakai oleh Kementerian Digital bagi mengukur kemajuan Ekonomi Digital Malaysia bagi tempoh 2025-2030, di Dewan Rakyat hari ini.
Ku Abdul Rahman juga bertanyakan mengenai langkah Kementerian Digital bagi memastikan usaha digitalisasi tidak melebarkan ketidaksamaan sosial, terutama dari segi akses kemampuan.
Gobind berkata berdasarkan perkembangan kemajuan dalam sektor ekonomi digital ini, kementerian itu sentiasa komited dalam memastikan usaha digitalisasi tidak akan menambah ketidaksamaan sosial berkenaan, termasuk dengan menjadikan keterangkuman digital sebagai prinsip teras pelaksanaan dasar.
"Komitmen ini diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif dan program-program yang dilaksanakan secara inklusif melibatkan semua golongan masyarakat supaya manfaat digitalisasi dapat dinikmati secara saksama," katanya.
Menjawab soalan tambahan daripada Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai faedah MyIKD kepada pembangunan sosioekonomi negara, Gobind berkata MyIKD juga berfungsi sebagai mekanisme penting bagi mengukur keberkesanan pelaksanaan teknologi digital di negara ini.
MyIKD juga katanya, menilai beberapa aspek utama termasuk kebolehcapaian ke atas teknologi, kemampuan milik serta tahap kesediaan dan penerimaan masyarakat terhadap teknologi baharu.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Kementerian Digital
#Gobind Singh Deo
#Dewan Rakyat
#MyIKD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan