awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan semak semula SOP, proses pelesenan di Wilayah Persekutuan
Op Layar: SPRM beku 21 akaun, sita dua hotel milik pegawai kanan TLDM
[TERKINI] Kerajaan Selangor batal projek ternakan babi Bukit Tagar - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kantin disimbah asid dipercayai akibat cemburu

Sinar Harian
Sinar Harian
26/01/2026
05:00 MYT
Pekerja kantin disimbah asid dipercayai akibat cemburu
Suspek (dua dari kiri) dibawa untuk proses permohonan reman di Mahkamah Yan pada Isnin. - Foto Sinar Harian
YAN: Seorang pekerja kantin cedera parah selepas dikatakan disimbah asid dipercayai bermotifkan cemburu dalam kejadian di sebuah stesen minyak dekat Jeniang, Gurun, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.55 pagi daripada seorang wanita.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa, Abdul Fatah Abdul Rahman, 36, yang berasal dari Kampung Jeniang didatangi seorang lelaki yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.
“Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan melecur kira-kira 11 peratus pada bahagian muka, leher dan dada... mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu dan dipercayai suspek utama kejadian berkenaan, pada Isnin.
Permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Yan dan dibenarkan selama lima hari bagi membantu siasatan.
Kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau bahan berbahaya. (seperti pisau, parang, senjata api, asid, atau benda yang jika digunakan, mungkin menyebabkan kematian).
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun selain denda atau sebatan. -- Sinar Harian


Topic Berkaitan
#pekerja kantin cedera
#disimbah asid
#stesen minyak
#Yan
#cemburu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan