awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: Wakil GPS pula dipanggil menghadap Agong

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
23/11/2022
02:45 MYT
Pasca PRU15: Wakil GPS pula dipanggil menghadap Agong
GPS terdiri daripada empat komponen parti iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif.
KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum mengesahkan beberapa Ahli Majlis Tertinggi (MT) Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Tanpa mengesahkan berapa jumlah ahli MT yang kini berada di Kuala Lumpur, Joseph berkata mereka yang terlibat adalah dalam kalangan Ahli Parlimen GPS dan ketua setiap komponen parti itu.
“Saya tak pasti berapa ramai, tetapi saya yakin antaranya Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya) dan Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Kapit) daripada PBB.
“Mungkin juga daripada parti lain, Timbalan Presiden SUPP Datuk Seri Richard Riot Jaem (Serian), Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu) dan Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) daripada PRS.
"Mereka ini wakil daripada setiap komponen parti,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
GPS terdiri daripada empat komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Semalam, Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan keputusan pemilihan Perdana Menteri ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong, melihat kepada situasi kemelut politik di peringkat persekutuan yang masih belum mencapai keputusan membentuk kerajaan campuran.
Topic Berkaitan
#GPS
#PRU15
#Istana Negara
#Joseph Salang Gandum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan