Pasukan 01 mendominasi pemilihan bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) peringkat bahagian Wangsa Maju bagi sesi 2019-2022.

Ketua Bahagiannya, Mohammed Ridzal Kamal Ghazalee berkata, ia menggambarkan tumpuan kumpulan berkenaan untuk memberi fokus kepada akar umbi dan memfokuskan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kawasan itu.

“Kita juga menumpukan untuk membantu golongan B40 di Wangsa Maju

“Kita juga menaruh harapan untuk menambah lebih ramai ahli selain menubuhkan banyak cawangan dalam bahagian Wangsa Maju.

“Ia faktor yang berjaya menarik hati pengundi-pengundi dalam kalangan ahli-ahli Bersatu bahagian ini untuk memberi sokongan kepada pasukan 01,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

BACA: Setiausaha Agung Bersatu mungkin digantikan, didakwa langgar perlembagaan parti

BACA:
Tun Mahathir bukan lagi Pengerusi Bersatu - Muhyiddin

Dalam pada itu, jawatan Timbalan Ketua Bahagian dimenangi Mohd Faizal A Rani, Naib Ketua Bahagian, Zaharin Shahbudin dan Ketua Srikandi Bahagian, Datin Seri Lynda Hamid.

Keputusan diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu selepas semua cawangan di bahagian itu selesai bersidang.

Pasukan 01 Bersatu Wangsa Maju merupakan pasukan tunggal yang memenangi kesemua jawatan utama yang dipertandingkan di peringkat bahagian parti itu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ini merupakan kali pertama parti itu mengadakan pemilihan di semua peringkat bahagian sejak penubuhannya pada 2016.

Bagi Mohammed Ridzal dan Lynda, masing-masing akan bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Exco Srikandi di Persidangan Bahagian Bersatu pada 18 April ini.