awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU 2017: Bincang peluang anak muda jadi calon PRU - Razlan

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2017
09:57 MYT
PAU 2017: Bincang peluang anak muda jadi calon PRU - Razlan
RAZLAN: Pucuk pimpinan parti perlu memikirkan calon anak muda dengan serius bagi memastikan golongan ini terlibat dalam pembuat dasar dan polisi. - Gambar fail
Usul memberi lebih ruang dan peluang kepada calon muda menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang perlu ditekankan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 kali ini.
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafi berkata, ia sekali gus isyarat kepada pucuk pimpinan parti untuk mempertimbangkan isu itu demi kelangsungan parti pada masa depan.
Jelasnya, rentak kemenangan PRU harus segera dibentuk dengan keputusan pertimbangan calon-calon muda pada perhimpunan kali ini.
"Calon anak muda perlu diketengahkan kerana mereka adalah penyelesaian kepada nparti dan wajar diberikan peluang menjadi calon PRU.
"Setiap tanggungjawab dan kerja yang diberikan kepada anak muda telah dilaksanakan dengan baik. Malah peringkat akar umbi juga telah merasainya. Oleh itu, calon dalam kalangan anak muda akan menentukan survival parti politik," katanya semasa ditemui di sini hari ini.
BACA: PAU 2017 bukan tempat longgokan isu retorik - Syed Ali
BACA: PRU: Serah kepada rakyat, jangan racuni fikiran mereka - TPM
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menegaskan, Barisan Nasional (BN) perlu menampilkan imej yang lebih segar dan tidak boleh dipandang sebagai parti untuk orang lama sahaja.
Khairy berkata sehubungan itu setiap calon daripada BN yang akan dipilih pada PRU akan datang perlulah dilihat sebagai yang mampu mewakili bukan sahaja generasi muda, malah semua lapisan rakyat.
Dalam pada itu tegas Razlan, pucuk pimpinan parti perlu memikirkan isu penglibatan anak muda dalam pembuat dasar dan polisi secara serius.
Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan berlangsung pada 5 sehingga 9 Disember ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
PAU 2017 akan bermula dengan program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian Perhimpunan Agung pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.
Topic Berkaitan
#anak muda
#Barisan Nasional
#Khairy Jamaluddin
#pemuda
#Pemuda UMNO
#perhimpunan
#presiden
#PRU
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan