Gelombang semangat nasiolisme di kalangan ahli-ahli UMNO khususnya dan bangsa Melayu secara amnya akan menolak ancaman anasir luar di dalam urusan politik negara.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique berkata, ia sekali gus menyedarkan rakyat khususnya orang Melayu yang tidak menyedari anasir luar berkenaan sebelum ini.

"Mungkin satu ketika dulu bangsa Melayu tidak memandangkan serius akan perkara ini namun setelah pembongkaran dan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan, maka ianya telah menjadi satu perkara yang dilihat serius oleh bangsa Melayu dan rakyat di negara ini.

"Namun dengan terbongkarnya agenda sulit tangan-tangan asing yang mempergunakan badan-badan NGO seperti Bersih dan lain-lain NGO, termasuklah beberapa parti politik yang turut menjadi agen pihak luar di negara ini, maka isu ini telah diberikan perhatian yang serius oleh rakyat di negara ini khususnya bangsa Melayu sebagai bangsa majoriti di negara ini.

"Justeru itu, saya menjangkakan akan bangkit gelombang semangat nasionalisme yang kuat untuk menolak sebarang campur tangan asing kini sedang bergelojak di dalam dada rakyat, khususnya orang-orang Melayu di negara ini sepertimana yang pernah berlaku ketika peristiwa Malayan Union pada tahun 1946 dulu,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tambah Zainal, jika ditelusuri senario politik dunia terkini, semangat nasionalisme juga telah mula bertiup kencang di kalangan masyarakat Eropah dan Barat.

"Ia terutama dalam isu Brexit dan juga kemenangan Donald Trumph yang jelas memaparkan semangat nasionalisme yang semakin bersemarak di kalangan rakyat Eropah dan Barat.

"Kita boleh lihat bagaimana semangat nasionalisme ini sudah mula bertiup kencang di kalangan rakyat di negara-negara barat dan Eropah berdasarkan isu Brexit yang akhirnya telah membuatkan Britain keluar daripada kesatuan negara-negara Eropah.

"Begitu juga dengan kempen Donald Trumph yang dilihat membawa pendekatan semangat nasionalisme di kalangan rakyat di negara itu akhirnya telah menjadikan salah satu faktor utama Trumph akhirnya memenangi untuk menduduki kerusi Presiden di negara tersebut," jelasnya.

Berdasarkan senario tersebut, Zainal meramalkan kebangkitan nasionalisme ini juga akan turut berlaku di dalam gelanggang politik negara memandang apabila terdapatnya campur tangan pihak asing yang cuba mencatur hala tuju politik di negara ini.

"Rakyat di negara ini, khususnya bangsa Melayu sejak sedari dulu lagi sememangnya tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pihak asing yang mempunya agenda untuk campur tangan dalam politik negara demi kepentingan mereka.

"Hari ini telah terbukti bahawa terdapatnya campur tangan asing dala politik dalaman negara dan saya yakin, bahawa campur tangan ini akan ditentang dan ditolak oleh rakyat, terutama bangsa Melayu di mana di situlah akan bermulanya kebangkitan semangat nasionalisme rakyat, khususnya bangsa Melayu seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya.