awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2016: Tiga usul sayap akan dibawa ke Presiden UMNO - TPM Ahmad Zahid

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
30/11/2016
13:21 MYT
PAU2016: Tiga usul sayap akan dibawa ke Presiden UMNO - TPM Ahmad Zahid
TPM ZAHID: Saranan yang disuarakan ketiga-tiga sayap harus diterjemah dengan gerak kerja yang tersusun. - Foto Bernama
Persiapan jentera menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah antara tiga usul yang akan dibawa kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merujuk kepada perbahasan ketiga-tiga sayap parti, yang memfokuskan isu berkenaan ketika ucapan dasar.
"Ketiga-tiga sayap parti memfokuskan isu yang sama - kesiapsiagaan menghadapi PRU14.
"Ia bukan sahaja menangkis serangan isu seteru politik tetapi hendaklah memperkasa mengikut kumpulan sasaran masing-masing," katanya dalam sidang medianya di sini hari ini.
Tegasnya, sebagai orang yang berada di arus perdana kepimpinan, usaha berkenaan amat dihargai.
"Kami rasakan bahawa lontaran dan saranan yang disuarakan ketiga-tiga sayap harus diterjemah dengan gerak kerja yang tersusun kerana pihak seteru politik meneliti semua gerak kerja yang disusun bukan sahaja (yang diatur) sayap.
"Pihak seteru juga menggunakan kaedah digital untuk dijadikan pentas menyerang lebih-lebih lagi kepada parti dan kerajaan," ujarnya lagi
Selain kesiapsiagaan menjelang PRU14, isu lain yang dibangkitkan adalah kos sara hidup yang membelenggu golongan muda di bandar khususnya.
Isu ketiga yang akan dibawa adalah harga perumahan rakyat yang terlalu tinggi dipengaruhi oleh kos bahan binaan dan harga tanah.
Topic Berkaitan
##PAU2016
##UMNO2016
#Ahmad Zahid Hamidi
#Najib Razak
#pau2016
#Sayap UMNO
#umno2016
#usul ke Presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan