awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2017: Pembahas harus tumpu suara, denyut nadi rakyat

Bernama
Bernama
05/12/2017
07:14 MYT
PAU2017: Pembahas harus tumpu suara, denyut nadi rakyat
AHMAD ZAHID menyeru para perwakilan menumpukan kepada suara dan denyutan nadi rakyat ketika perbahasan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2017. - Foto BERNAMA
Perwakilan harus menumpukan kepada suara dan denyutan nadi rakyat ketika perbahasan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2017 selama lima hari bermula hari ini.
Itu adalah pesanan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti dalam satu perjumpaan tertutup di sini dengan perwakilan yang akan membahaskan ucapan dasar presiden dan tiga usul utama iaitu ekonomi, agama dan pendidikan.
Menurut Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Datuk Seri Ahmad Zahid berpesan supaya semua jurucakap dan pembahas menggunakan kesempatan dan platform itu menyuarakan isu termasuk masa depan negara.
“UMNO tidak boleh tercabut daripada suara hati dan denyutan nadi rakyat. UMNO harus terus menjadi penyambung kepada lidah perjuangan agama, bangsa dan negara,” katanya selepas menghadiri majlis tertutup itu di sini, hari ini.
Beliau berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid juga berpesan agar usul yang akan dibahaskan nanti dapat mengukuhkan lagi solidariti dan kekuatan anggota serta pendukung parti dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Jurucakap harus memainkan peranan menyemarakkan obor-obor idealisme dan semangat perjuangan UMNO kerana parti tunjang Barisan Nasional ini telah tujuh dekad berada di persada perjuangan memartabatkan bangsa, agama dan negara.
“Adalah penting bagi jurucakap dan wakil menyemarakkan dan menyuburkan idealisme supaya ia bukan hanya didakap anggota parti di dalam dewan tetapi kepada rakyat secara keseluruhannya,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Barisan Nasional
#ekonomi
#majlis tertinggi
#PAU
#PAU2017
#pendidikan
#perhimpunan
#perwakilan
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#presiden
#PRU14
#rakyat
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan