awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2020: Negara lebih perlukan larangan rentas parti, berbanding rentas negeri - Mohamad

Fareez Azman
Fareez Azman
27/03/2021
04:18 MYT
PAU2020: Negara lebih perlukan larangan rentas parti, berbanding rentas negeri - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyindir sikap sesetengah Ahli Parlimen yang bertindak melompat parti demi kepentingan peribadi masing-masing. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyindir sikap sesetengah Ahli Parlimen yang bertindak melompat parti demi kepentingan peribadi masing-masing.
Jelasnya, tindakan itu disifatkan sebagai memperjudi mandat rakyat demi survival politik pihak terbabit.
Mohamad berkata, negara kini lebih memerlukan larangan rentas parti berbanding larangan rentas negeri yang dikuatkuasakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19.
"Ahli Parlimen memperjudikan mandat rakyat dengan sesuka hati demi kepentingan peribadi masing-masing. Iklim politik kita seperti dilanda langkisau (angin kencang yang tidak menentu haluannya). Ramai yang sasau, ramai yang meracau.
"Mereka melompat dari satu kolam ke kolam yang lain, tanpa malu tanpa segan silu. Seakannya negara kita dalam tempoh pandemik ini lebih memerlukan larangan rentas parti, berbanding larangan rentas negeri," tegasnya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.
BACA: PAU2020: Bersatu usah berbicara perpaduan ummah dengan UMNO - Tok Mat
BACA: PAU2020: UMNO tegas tidak akan perjudi kerusi kepada pihak lain
BACA: PAU2020: UMNO bukan parti terdesak - Tok Mat
Tegas Mohamad lagi, UMNO menolak aktiviti kotor melelong dan mengugut ahli Parlimen oleh pihak tertentu demi mendapatkan kuasa politik.
"Kita tidak mahu ada lagi aktiviti kotor melelong ahli Parlimen, tidak ada lagi ugut-mengugut, tidak ada lagi senario mempergunakan darurat demi kelangsungan kuasa politik. Dan tidak ada lagi percaturan tidak bermoral, yang melingkupkan nilai dalam berpolitik dan amalan demokrasi," jelasnya lagi.
Malah UMNO melalui Barisan Nasional (BN) ujar Mohamad akan bekerjasama dengan mereka yang berprinsip dan diterima rakyat.
Tambahnya, parti itu tidak akan sesekali melacurkan matlamat politik yang sempit demi mendapatkan kuasa semata-mata.
"Ia tidak akan kami lacurkan dalam matlamat politik yang sempit. Ia tidak akan kami leburkan dalam perlumbaan kuasa yang tidak cerdik," kata Mohamad lagi.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#Puteri UMNO
#UMNO
#Barisan Nasional
#Parlimen
#politik
#presiden
#rentas negeri
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#pemuda
#rakyat
#Puteri
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan