awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2020: Tugasan buat Puteri UMNO, gariskan 7 'ya' dan 7 'tidak' terhadap parti - Zahida Zarik

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
27/03/2021
11:42 MYT
PAU2020: Tugasan buat Puteri UMNO, gariskan 7 'ya' dan 7 'tidak' terhadap parti - Zahida Zarik
Zahida Zarik berkata, perkara itu perlu dilakukan ketika menyantuni rakyat di setiap cawangan dan perlu dihantar setiap minggu. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO meminta agar akar umbi menyenaraikan tujuh perkara penting merangkumi sebab UMNO disukai dan tidak disukai rakyat sebagai usaha untuk membina semula masa depan parti.
Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, perkara itu perlu dilakukan ketika menyantuni rakyat di setiap cawangan dan perlu dihantar setiap minggu.
"Pulang nanti kita mulakan tugasan bina masa depan. Selami masalah masyarakat setempat, bantu mereka.
"Cari tujuh perkara terpenting kenapa orang suka UMNO dan tujuh perkara terpenting kenapa orang tidak suka UMNO. Organise survey ini hingga ke peringkat cawangan.
"Setiap kali kita santuni rakyat kita cuba cungkil perkara ini. kita jadikan ayah kita, abang kita, mak kita, adik kita untuk jadi ejen kita mencungkil '7 yes dan 7 no' terhadap UMNO," katanya.
Zahida Zarik berkata demikian ketika menggulung perbahasan Sayap Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Zahida Zarik menyeru agar semua akar umbi menzahirkan keyakinan terhadap perjuangan parti yang berada pada landasan tepat.
"Yakinlah dengan mata hati kita berada di landas perjuangan sebenar.
"Usahlah dipertikai dan diragui. Berilah kepercayaan sepenuh hati hilangkan resah dan gelisah, janji yang dilafazkan tidak dimungkiri," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Puteri UMNO
#UMNO
#Puteri
#7 yes 7 No UMNO
#PAU2020
#politik
#Zahida Zarik Khan
#Perhimpunan Agung UMNO 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan