awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2022: UMNO sertai Kerajaan Perpaduan kerana mengutamakan Malaysia - Tok Mat

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
11/01/2023
13:49 MYT
PAU2022: UMNO sertai Kerajaan Perpaduan kerana mengutamakan Malaysia - Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, keputusan itu adalah kerana UMNO memilih untuk mengutamakan Malaysia. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: UMNO tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) atau membelakangkan Perikatan Nasional (PN) ketika bersetuju untuk menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, keputusan itu adalah kerana UMNO memilih untuk mengutamakan Malaysia.
Menurutnya, kepimpinan parti berpandangan bahawa penyertaan UMNO dalam kerajaan itu adalah jalan terbaik kerana ia memberikan parti itu peranan yang unik dan strategik.
“Apa lagi, bila PN telah dari awal lagi, tidak mahu bekerjasama dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, maka UMNO berada dalam kedudukan strategik untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.
“Kita berada dalam kedudukan yang sesuai dengan kepentingan UMNO. Kedua, kita perlu mengembalikan semula Malaysia ke jalan sederhana.
“Melihat betapa isu perkauman, dan agama, menjadi modal kempen parti politik tertentu sehingga ke tahap yang ekstrim, Malaysia mesti dikembalikan, ke ‘centrism' (jalan tengah). Itulah UMNO selama ini.
“Kita tidak boleh membiarkan masa depan Malaysia dicorakkan oleh, ‘rightist’ atau ‘leftist’. DNA Malaysia ialah kesederhanaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Persidangan Sayap Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Rabu.
Tambah beliau, UMNO sangat menyedari, bukanlah perkara yang mudah untuk menjadi pembangkang dan dengan pengalaman terbatas sebagai pembangkang, UMNO mungkin akan terus melemah jika berada di luar kerajaan.
“Dengan kewujudan PN, yang berhasrat menguburkan UMNO dari sokongan orang Melayu, kita akan memerlukan jalan, dan pengalaman kerajaan untuk terus memperkukuhkan sokongan untuk parti.
“Malah, ia memberi kita kemudahan untuk terus memenuhi keperluan penyokong kita dan masyarakat Melayu di seluruh negara.
“Seperkara lagi, kenapa kita menyertai Kerajaan Perpaduan adalah, kerana kita mempunyai pengalaman bekerja dengan PN dalam kerajaan sebelum ini.
“Kita mendapati, adalah sangat sukar bekerjasama dengan parti yang kewujudan dan perjuangannya ialah menghapuskan UMNO, untuk selama-lamanya,” ujarnya.
Tambah beliau, pengalaman bekerjasama dengan Pas juga mengajar UMNO, malah beliau menyifatkan parti itu tidak pernah setia atau ikhlas.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Mohamad Hasan
#Kerajaan Perpaduan
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan