awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM diberi kebebasan penuh siasat kenyataan Sanusi - Saifuddin

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
06/12/2022
08:42 MYT
PDRM diberi kebebasan penuh siasat kenyataan Sanusi - Saifuddin
Saifuddin berkata, pihaknya memberi kepercayaan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani untuk menyiasat kenyataan berkenaan sekiranya dakwaan itu berasas. - Gambar Astro AWANI/Mohd Shahir Omar
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi kebebasan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa pengundi di Padang Serai, Kedah meminta bayaran untuk pulang mengundi.
Saifuddin berkata, pihaknya memberi kepercayaan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani untuk menyiasat kenyataan berkenaan sekiranya dakwaan itu berasas.
"Kenyataan dikeluarkan oleh Sanusi berkenaan kalau ada asas untuk polis membuat siasatan, mereka akan berbuat demikian.
"Saya percaya tahap profesionalisme pasukan polis dan berikan sepenuh ruang kepada Arcyl Sani dan pasukan beliau.
"Saya beri ruang kebebasan sepenuhnya berdasarkan merit laporan berkenaan ataupun kandungan sesuatu aduan itu," katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri di sini pada Selasa.
Pada Isnin media tempatan melaporkan, Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menggesa pihak berwajib supaya menjalankan siasatan terhadap kenyataan dibuat Muhammad Sanusi dalam satu video kempen di TikTok.
Menurut laporan berkenaan, Sanusi dalam ucapannya membandingkan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang sanggup berbelanja untuk pulang mengundi berbanding pengundi Perikatan Nasional (PN).
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution Ismail
#Kementerian Dalam Negeri
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Padang Serai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan